Ini cara lain ‘selamatkan’ makanan terlebih masin, jangan terus buang

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Sama ada anda seorang tukang masak profesional atau suri rumah, kesilapan kecil di dapur memang tidak dapat dielakkan.

Sibuk, penat, atau kurang fokus sering menjadi punca masalah, termasuk terlupa memasukkan rencah atau perasa.

Namun, perkara yang paling merisaukan adalah apabila terlebih memasukkan garam sehingga masakan menjadi terlalu masin.

Jangan bimbang! Ada beberapa cara mudah untuk menyelamatkan masakan anda.

Berikut adalah beberapa tip yang dikongsikan oleh pemilik restoran, @fathishukor di TikTok:

Ini cara lain ‘selamatkan’ makanan terlebih masin, jangan terus buang

1) Tambah Air

Untuk sup atau masakan berkuah, tambahkan air sedikit demi sedikit bagi mengurangkan rasa masin.

Jika masakan menggunakan susu, tambahkan susu atau krim untuk meneutralkan rasa.

Jangan tambahkan terlalu banyak cairan sekaligus kerana ia boleh mengubah tekstur masakan.

Tambah secara perlahan sehingga rasa masin berkurang.

2) Gunakan Kentang

Kentang adalah ‘penyelamat’ untuk masakan yang tidak sesuai ditambah air.

Potong kentang dalam saiz kecil dan masukkan ke dalam masakan. Biarkan sehingga kentang empuk.

Kentang akan menyerap lebihan garam, membantu mengurangkan rasa masin.

3) Gunakan Beras

Ambil sedikit beras, masukkan ke dalam kain kasa atau kain jarang, kemudian ikat seperti sup bunjut.

Letakkan ikatan beras ini ke dalam masakan.

Setelah rasa masakan sesuai, keluarkan ikatan beras tadi.

Cubalah tip ini untuk memastikan masakan anda tetap sedap walaupun berlaku kesilapan kecil. Selamat mencuba!

BACA: Jamal Abdillah dedah rahsia gemar pakai minyak wangi wanita