Popia coklat adalah salah satu snek yang popular dan mudah disediakan kerana ia tidak memerlukan banyak bahan.
Menu ini sesuai untuk dijadikan pilihan kudap-kudap apabila rasa bosan di rumah atau sebagai biskut raya untuk tetamu.
Proses membuatnya sangat mudah dan tidak memakan masa yang lama. Pastinya, ia akan menjadi pilihan makanan kegemaran anak-anak di rumah.
Mari cuba!
Resepi Popia Coklat 3 Bahan, Rangup dan Sedap
Bahan-bahan:
– Kulit popia
– Coklat blok (jenis jenama tidak penting)
– Badam yang telah dihancurkan
Cara penyediaan:
1. Gulungkan kulit popia dengan menggunakan penyedut minuman untuk mendapatkan saiz yang seragam.
2. Kemudian, sapukan sedikit campuran tepung gandum yang pekat pada hujung kulit popia untuk memastikan ia melekat.
3. Potong secara menyerong dan goreng sehingga menjadi keemasan.
4. Tapis minyak dan masukkan ke dalam bekas.
5. Cairkan coklat dan tuangkan ke dalam bekas popia.
6. Gaul rata dan taburkan badam yang telah dibakar.
7. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia sedia untuk dihidangkan.
Resipi ini sangat mudah dan enak untuk disediakan sebagai snek. Pastinya, ia akan menjadi kegemaran di kalangan anak-anak.
Selamat mencuba!
Baca Juga :Nak ayam buttermilk sedap macam di restoran? Wajib bubuh sesudu kecil perahan jus ini