Ini cara betul masukkan gear kereta auto masa Parking

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Memandu kereta automatik memang mudah kerana tidak perlu menukar gear atau menekan klac semasa memandu.

Namun, walaupun mudah, ramai yang masih melakukan kesalahan dengan penggunaan gear, terutamanya ketika hendak memarkir kenderaan.

Menurut Adrian Chia, seorang pengulas kenderaan yang kerap berkongsi tip tentang kereta,

Ramai pemandu cenderung memasukkan gear secara salah semasa memarkir kereta automatik.

Kesalahan Biasa Ketika Parkir

Ini cara betul masukkan gear kereta auto masa Parking
Ramai pengguna melakukan ini:

Dari gear D terus ke gear P.

Cara ini salah kerana ia memberikan tekanan kepada kotak gear (gearbox), yang boleh mengakibatkan kerosakan.

Cara Betul Masukkan Gear Kereta Automatik Ketika Parkir

Tukar gear dari D ke N dahulu.

Tarik handbrake.

Lepaskan pedal brek.

Masukkan gear ke P.

Biasakan diri dengan langkah ini untuk menjaga keadaan kotak gear kereta anda.

Semoga tip ini bermanfaat dan membantu anda mengelakkan kerosakan kereta di masa hadapan

BACA”:Panas!! Presiden Gerakan sekolahkan pihak yang tangguk diair keruh isu pensijilan halal Kelantan

Leave a Comment