Ini benda yang paling pelik yang ada perlindungan insuran, no.3 tu paling tak masuk akal!
Topik berkenaan insurans dan takaful biasanya akan mudah menimbulkan konflik di kalangan pembaca.
Ini kerana isu ini mempunyai pelbagai sudut pandangan berbeza, bergantung kepada kemampuan seseorang individu untuk menilai pro dan kontranya.
Ada yang melihatnya sebagai keperluan, ada juga yang melihatnya satu pembaziran.
Walau apa pun pandangan anda, kita semua dah tahu insurans biasanya melindungi kehilangan nyawa, kemalangan dan kos perubatan. Selain itu, ada banyak lagi skim perlindungan insurans yang jarang kita dengari. Ini lima yang paling aneh antara semua.
1. Ragut dan rompak
Tahukah anda di negara kita, memang ada pengendali insurans yang menawarkan perlindungan kepada kejadian ragut atau rompakan melibatkan duit yang baru dikeluarkan daripada pengeluaran mesin ATM?
Asalkan tempoh waktu kejadian jenayah itu berlaku dalam selang masa yang ditetapkan, selepas pengeluaran berjaya dibuat.
Ada pengendali insurans yang menetapkan tempoh 30 minit, ada juga yang memberikan perlindungan selama 24 jam selepas itu.
Uniknya, selain membayar semula jumlah wang yang telah anda keluarkan, anda juga akan diberikan pampasan ke atas kerugian akibat kehilangan dokumen dan kad peribadi atau apa saja yang ada dalam dompet atau tas tangan anda.
2. Majlis perkahwinan
Anda mesti pernah mendengar tentang kisah sedih bagaimana pengantin malang hanya menyedari pasangannya yang sepatutnya dinikahi, memilih untuk melarikan diri saat-saat akhir mengakibatkan perkahwinan mereka tidak diteruskan.
Apa akan berlaku kepada semua persiapan yang dah dibuat? Khemah yang sudah dinaikkan. Pelamin yang sudah siap dipasang. Lauk pauk beberapa periuk yang sepatutnya dijamah dalam suasanan gembira.
Sekiranya anda takut situasi ini menimpa keluarga anda, ada syarikat insurans yang menawarkan skim perlindungan yang akan membayar kembali kos bergantung kepada pakej yang anda tempah.
3. Dibawa lari makhluk asing
Mendapat inspirasi daripada siri TV popular ‘The X-Files’, beberapa syarikat di Amerika Syarikat mula memperkenalkan skim perlindungan insurans sekiranya seseorang individu diculik dan dibawa lari oleh makhluk asing.
Kami tidak tahu bagaimana syarikat yang menawarkan, mampu membuktikannya berlaku dan bagaimana tuntutan serta bukti kukuh boleh dibuat keluarga mangsa.
Hanya selepas membaca nota polisi yang ada, barulah jelas syarat-syarat karut yang telah dinyatakan dengan terang. Ini kerana untuk melakukan tuntutan, makhluk asing yang bertanggungjawab membawa mana-mana individu dilindungi, perlu hadir ke firma insurans yang ada untuk menurunkan sendiri tandatangan.
Ditawarkan sebagai satu taktik komedi oleh sebuah agensi insurans bernama The Saint Lawrence Agency di Florida, Amerika Syarikat – tawaran yang jelas sarkastik ini bagaimanapun direbut ribuan individu kerana jumlah pampasannya tinggi RM44 juta dengan hanya bayaran RM109.90 untuk perlindungan seumur hidup.
4. Bahagian tubuh tertentu
Kisah berkenaan selebriti atau individu ternama memilih untuk melindungi anggota tubuh mereka yang tertentu, sudah lama kedengaran. Perkara ini memang benar-benar berlaku.
Sebagai contoh, pemain bola sepak legenda kelab Manchester United dan pasukan England, David Beckham mempunyai pakej insurans yang difokuskan khas hanya untuk perlindungan kaki beliau – menjadi pakej termahal pernah ditawarkan untuk ahli sukan era tersebut.
Jika anda rasakan apa yang dilakukan Beckham aneh, seorang pemain kriket Australia bernama Merv Hughes pula memilih untuk melindungi misainya dengan nilai perlindungan RM1.62 juta.
Dikenali sebagai ‘misai walrus’ menyerupai rupa haiwan tersebut, misai itu telah menjadi antara identiti Hughes yang cukup dikenali.
5. Penculikan
Pelan perlindungan penculikan makhluk asing yang kami ceritakan di atas, lebih kepada pelan yang dicipta hanya untuk suka-suka. Bagaimana pula kalau dengan penculikan sebenar? Adakah ada perlindungan untuk kes culik?
Memang ada dan kami yakin tak ramai sedar pakej ini memang ada ditawarkan di negara kita. Cuma kaedahnya berbeza-beza.
Pengendali insurans biasanya menawarkan pembayaran semula kos tebusan yang telah dikeluarkan oleh pihak keluarga, bagi mendapatkan kembali mangsa dengan selamat. Kiranya keluarga tak berdepan kerugian teruk.
Ada juga pakej yang menawarkan satu amaun bayaran insentif kepada orang ramai untuk berkongsikan informasi kes, sehingga membawa kepada terselamatnya mangsa culik.
Selain itu, pihak insurans juga menawarkan sumbangan bayaran perbelanjaan bagi membantu pihak keluarga menampung kos mencari dan menyelamatkan mangsa daripada penculik.
BACA:
Dia punya bau tu paling ‘piaw’, ini sejarah Tancho, pomade paling legend yang ramai tak tahu
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio