Ini 5 debat diantara kerajaan dan pembangkang ramai tak tahu, Rafizi vs KJ paling panas
Suka tak suka, Amerika Syarikat masih dipandang sebagai antara negara paling berpengaruh di dunia.
So bila dekat je dengan election kat sana, rakyat Malaysia kat sini pun ada yang tersangkut sekali, terutamanya sesi Perdebatan Presiden.
Malah ada beberapa rakyat Malaysia mengemukakan idea untuk bawa budaya tu kat sini. Senang cerita, calon Perdana Menteri kena debat antara satu sama lain mengenai pendirian dan polisi mereka.
Lagi satu hasrat rakyat untuk mengadakan debat Perdana Menteri.
PM Najib sedar pasal isu ni dan dia pernah mengeluarkan kenyataan bahawa debat tu tak sesuai kat Malaysia sebab ia bertentangan dengan budaya kita.
“Kalau nak berdebat antara pemimpin tu kita boleh buat, tapi itu bukan budaya politik kita secara menyeluruh di negara ini” – PM Najib, dipetik dari Malaysiakini.
Kalau difikirkan semula, betul juga apa dia cakap sebab macam negara Asia yang lain, kita sebagai sebuah masyarakat tak suka bergaduh – maksudnya kita lebih gemar guna cara yang tidak langsung. Bekas PM, Tun Mahathir pun ada kita kita tak cukup matang lagi untuk buat perdebatan di khalayak ramai sebab kita cepat sentimental dan beremosi.
Tapi, kita antara pendebat terhebat dunia kot. Malah Syed Saddiq dikurniakan pendebat terbaik Asia dan siap join parti politik Tun Mahathir yang baru. Dan sebenarnya kita boleh tahan bertamadun jugalah walaupun ia melibatkan dua haluan parti yang berbeza. So tanpa membazirkan masa, jom layan 5 debat politik yang membuktikan bahawa kita boleh berdebat..
1. Masa Rafizi minta Khairy join pihak pembangkang
“Semua orang tau yang ada setengah pihak di UMNO tak terima awak, jadi dengan semua halangan ini dan potensi yang awak boleh beri kepada rakyat, awak taknak masuk Pakatan Rakyat ke? Rupa dah lebih kurang sama, umur pun macam sebaya, dan hampir setiap masa kita mempunyai pemikiran yang sama” – Rafizi kepada Khairy, Debat UKEC 2012.
Acara ini berlangsung kat United Kingdom & Eire Council of Malaysian Student (UKEC) di London pada tahun 2012, Rafizi dan Khairy berdebat mengenai betapa nyata atau jauh kita dari visi 2020 dari segi ekonomi dan sosio-politik.
Membalas ajakan dari Rafizi, Khairy telah berkata:
“Masa saya datang sini, ingatkan nak kena bergaduh dengan Rafizi tapi dapat jemputan untuk masuk parti dia.
Tapi saya percaya dengan misi perubahan dalam parti saya. Kalau Rafizi kata saya tidak mempunyai apa-apa impak, cuba tengok semua perubahan yang telah saya buat dalam parti pada harini.
Semua perubahan ni terjadi dari jawatan saya sebagai Ketua Pemuda UMNO lagi dan sekarang telah menjadi pandangan mainstream dalam parti saya” – Khairy kepada Rafizi
Kedua-dua belah mempunyai hujah yang kukuh mengenai polisi kerajaan dan cara ianya dijalankan. Contohnya bila Rafizi bagitau yang pihak kerajaan pandai buat janji tapi tak reti nak tunaikan manakala Khairy pula telah mempersoalkan semangat kesatuan dalam parti Pakatan Rakyat.
Pada yang sama mereka bersetuju akan perlunya bahawa semangat kekitaan tanpa mengenal bangsa dan agama, serta peluang sama rata dalam ekonomi dan juga sikap demokrasi yang terbuka.
Tapi saat yang paling best adalah sewaktu Rafizi dan Khairy gaduh manja dan bahan masing-masing. Ada sekali tu Khairy siap cakap yang sweater Rafizi pakai tu adalah colour Parti Keadilan, apa yang buat comment tu kelakar adalah bila Khairy diberi masa untuk menjawab persoalan Rafizi mengenai ajakan ke Parti Pakatan, dia jawab:
“No seriously, mana you beli sweater tu?” – Khairy serious mode
2. Masa UMNO/MCA berdebat dengan DAP/PAS dan masing-masing behave
“Untuk dakwaan bahawa BN curi slogan Pakatan Rakyat –Ya, kalau awak lihat tajuk manifesto BN “Janji ditepati, harapan rakyat”; bunyi dia lebih kurang sama macam “Pakatan Harapan Rakyat”. Ini menunjukkan yang BN mengaku isu mereka adalah untuk berbuat sesuatu untuk rakyat.
…Kami mula pakai tajuk manifesto ni pada tahun 2009, maknanya untuk mengatakan kami yang terawal menggunakan manifesto dan jika ada orang lain guna, merekalah yang meniru.” – Mujahid Rawa, bila ditanya samada BN ‘pinjam’ manifesto Pakatan.
Debat tag team 2 lawan 2 ni telah dianjurkan oleh Centre for Public Policy Studies (CPPS), dan setiap pihak akan diberi tiga isu untuk memujuk pengundi daripada pihak lawan. Ada sekali tu Saifuddin Abdullah menjawab soalan Mujahid Rawa like a boss!
BACA: Hanya kerana itik, pemuda ini berjaya raih RM50000 sebulan, ini rahsia kejayaannya