Ini 10 maksud nama daerah yang ada dalam Malaysia, yang last paling kelakar. Masyarakat kita mempunyai tradisi bahasa yang unik dan telah melalui evolusi perubahan dan tambahbaik yang panjang.
Dalam era globalisasi, kecenderungan kita untuk meminjam istilah dari luar malangnya menyebabkan banyak istilah lokal yang lama wujud dipinggirkan.
Tetapi dalam beberapa aspek, penekanan penggunaan istilah lama masih terpelihara khususnya dalam penamaan nama daerah,
Di mana istilah tempatan terjaga; walaupun kadangkala kita hanya tahu menyebut, tetapi tak tahu apa maknanya.
Berikut adalah 10 istilah yang biasa digunakan sebagai nama mukim atau daerah serta makna sebenarnya, bagi mereka yang tak tahu apa makna sebenarnya.
1. Lahad Datu
lahad pusara lahad datu
Dalam bahasa Melayu, ‘lahad’ membawa makna ruang pusara yang telah digali biasanya dipadankan dengan istilah ‘liang’. ‘Liang’ membawa makna lubang.
Bagi orang Sabah, ada kisah lama diceritakan berkaitan asal-usul nama Lahad Datu.
Kedatangan seorang pembesar ke sana bernama Datu Baginda Putih memulakan satu perkampungan baru di kawasan pantai. ‘Datu’ ketika itu merujuk kepada gelaran orang bangsawan di kalangan masyarakat yang ada.
Pembukaan kampung baru Datu Baginda Putih membawa kepada penghijrahan lebih ramai individu bangsawan bergelar Datu; menyebabkan kawasan itu mula terkenal sebagai tempat tinggal ramai Datu.
‘Lahad’ pula bagi mereka merujuk kepada kawasan jadi tempat itu mula dikenali sebagai ‘Lahad Datu’ atau kawasan tinggalnya Datu.
2. Bagan
bagan jeti kecil makna
Ada banyak tempat menggunakan nama ‘Bagan’ di negara kita, antaranya Bagan Datuk, Bagan Ajam, Bagan Lalang, Bagan Serai dan sebagainya.
Apa sebenarnya ‘Bagan’?
‘Bagan’ dalam makna moden merujuk kepada ceracak atau tiang yang diperbuat daripada kayu yang dijadikan tempat menjemur ikan kering, biasanya dibuat di jeti-jeti kecil persinggahan nelayan.
Oleh kerana itu masyarakat kita menamakan kawasan jeti nelayan yang turut menjalankan aktiviti menjemur ikan sebagai ‘bagan’, sempena tiang kayu yang ada.
3. Pendang
pendang tempat pelihara gajah
Dari mana datangnya nama ‘Pendang’ yang ada di negeri Kedah?
Menurut sejarah, masyarakat di sana satu ketika dulu handal menjadikan gajah sebagai haiwan peliharaan untuk bekerja membantu aktiviti pertanian.
Bagi menjaga kebersihan gajah yang diternak, orang kampung membina saluran parit dan lubang yang khusus untuk dijadikan lokasi gajah berendam. Lokasi gajah dimandikan itu dinamakan ‘pendiat’ oleh masyarakat terdahulu, tetapi kini telah diubah ejaannya mengikut peredaran zaman kini ditulis sebagai pendang.
Jika anda lihat di Pendang ada dua kampung berkait dengan gajah.
Yang pertama adalah Kampung Kubang Anak Gajah yang dulunya menjadi lokasi anak gajah jinak dilatih dan kedua pula Kampung Gajah Mati; lokasi di mana pusara gajah-gajah yang mati dikebumikan.
4. Permatang
permatang makna perkataan
Banyak juga kan nama tempat di negara kita menggunakan nama Permatang?
Ada Kampung Permatang Pasir, Permatang Bongor, Permatang Pauh, Permatang Keriang dan macam-macam lagi.
‘Permatang’ merujuk kepada batas tanah yang dibentuk di antara petak-petak sawah, digunakan untuk membolehkan pesawah bergerak dari satu petak ke satu petak lain.
Istilah ini juga boleh merujuk kepada batas tanah yang dibuat sebagai benteng untuk mengelakkan banjir atau air melimpah masuk.
5. Sabak
sabak bernama makna sabak
‘Sabak’ dalam aspek bahasa boleh mempunyai dua makna utama.
Yang pertama merujuk kepada emosi sedih atau bermuram muka akibat menanggung kesedihan. Mirip dengan satu lagi istilah miripnya iaitu ‘sebak.’
Selain itu, ‘sabak’ juga boleh membawa makna periuk memasak. Sejarah tempat Sabak Bernam menyebut tempat itu bermula sebagai sebuah perkampungan 5 orang lelaki dan seorang wanita yang memulakan kehidupan di sana.
Mereka memulakan hidup di tempat baru dengan bekerjasama mendirikan ruang memasak menggunakan periuk, yang dikenali sebagai periuk sabak.
6. Tambun
tambun makna istilah
Siapa di sini pernah dengar orang lain menggelarkan seseorang yang berisi tubuhnya, sebagai ‘tembun’? Istilah itu diambil daripada istilah ‘tambun’ yang bermakna seseorang yang berisi atau gemuk tubuhnya.
Nama tempat seperti di Tambun, Perak pula kami andaikan tidaklah berkait dengan saiz badan. ‘Tambun’ juga membawa makna yang sama dengan timbun, iaitu melonggok, menindih atau mengisikan sesuatu ruangan – biasanya melibatkan tanah.
Di Perlis, ada sebuah pekan bernama Tambun Tulang. Di Negeri Sembilan pun ada sebuah bukit bernama Bukit Tambun Tulang.
Kenapa agaknya dua tempat ini dinamakan sebegitu?
7. Kubang
kubang makna perkataan
Kubang Kerian. Kubang Pasu. Kubang Semang. Kubang Anak Gajah. Kubang Rusa.
Popular juga istilah ‘kubang’ ni kan? Perkataan ini asalnya diambil daripada istilah ‘kubangan’ yang membawa makna sindiran kepada seseorang yang dipandang rendah martabatnya akibat kelemahan diri sendiri.’
Istilah ini akhirnya diguna untuk merujuk kepada lubang atau lopak berisi air atau lumpur menjadi tempat berendam haiwan seperti kerbau.
8. Pengkalan
bagan istilah pengkalan makna
Wujud banyak nama tempat di Malaysia menggunakan istilah ‘pengkalan’ seperti Pengkalan Hulu, Pengkalan Chepa, Pengkalan Batu dan sebagainya.
Dari aspek daftar kata, istilah itu tidak dieja sedemikian rupa sebaliknya dieja sebagai ‘pangkalan.’ Namun apabila dah menjadi kata nama khas bagi tempat, ejaannya boleh dikekalkan mengikut ejaan asalnya.
‘Pangkalan’ membawa makna lokasi atau tempat di mana kapal atau perahu berlabuh, menjadi tempat barangan dibawa dikumpulkan.
Kita di zaman kini lebih selesa menggunakan pangkalan untuk merujuk kepada lokasi markas angkatan tentera, tetapi sekiranya ada orang menggunakan ‘pangkalan’ bagi merujuk pelabuhan, penggunaan itu pun tepat dari aspek maknanya.
9. Changkat
changkat cangkat makna
Istilah ‘changkat’ masih wujud dan popular sebagai rujukan nama tempat.
Namun ejaan rasminya sekarang sudah tidak lagi menggunakan ejaan ‘cha~’ sebaliknya hanya dieja dengan ejaan ‘ca~’, membentuk istilah ‘cangkat.’
Cangkat merujuk kepada kawasan tanah yang tinggi, lebih mirip kepada sebuah ‘bukit kecil.’ Beberapa nama tempat yang menggunakan gelaran Changkat adalah Changkat Duta, Changkat Jong, Changkat Jering dan Changkat Jawi.
10. Kelian
perkembangan perlombongan bijih
Wang Kelian. Kelian Intan. Charok Kelian. Apa bendanya ‘Kelian’ ni? Ada kaitannya dengan ikan keli ke? Tidak.
‘Kelian’ membawa makna lombong di mana aktiviti perlombongan mineral seperti emas, bijih timah dan bahan-bahan lain dijalankan.
Dalam sejarah negeri Perak, ada dua lokasi iaitu Klian Pauh dan Klian Baru yang menjadi lokasi aktiviti perlombongan utama negeri itu satu masa dulu, diselia oleh salah seorang tokoh pembesar Melayu dalam sejarah kita, Ngah Ibrahim.
Kini, Klian Pauh berkembang menjadi bandar Taiping dan Klian Baru pula menjadi bandar Kamunting, selepas aktiviti perdagangan di sana dihentikan dan namanya diubah agar lebih selaras dengan perkembangan yang berjalan di sana.
BACA:
Ini punca ramai guna tanda pagar ‘Boikot HotFm’
“Datang sini cuci mata ke?” – selamba je Baby Shima sound tuan haji ni