Ini 10 brand makanan dari Malaysia yang tak berapa ‘famous’ di negara sendiri tapi terkenal di luar negara!
Bersempena dengan Hari Kemerdekaan negara yang disambut pada hari ini,
penulis kongsikan dengan anda 10 jenama makanan Malaysia yang kita semua mungkin tidak tahu sangat terkenal dan mendapat permintaan yang tinggi untuk produknya di luar negara.
#1. Region Food – Life Sauces
Jenama makanan ini sangatlah tidak asing kepada rakyat Malaysia. Hal ini kerana jenama makanan ini akan kita jumpa di semua rangkaian restoran makanan segera KFC dan juga restoran Pizza Hut. Ya, sos Life.
Sos Life adalah di antara jenama sos yang terbesar di Malaysia dan menghasilkan 26 juta botol sos setahun. Produk-produk sos Life telah dieksport ke luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Perancis, New Zealand, Hong Kong, negara Timur Tengah, Brunei dan juga Singapura sejak penubuhannya pada tahun 1978.
Selain daripada sos-sos utama seperti sos cili dan sos tomato, Life juga telah memasarkan beberapa jenis produk yang lain seperti pes istimewa dan sos oriental untuk kegunaan harian, terutamanya untuk masakan.
#2. Kawan Food Berhad
Kawan Food yang telah beroperasi selama hampir 30 tahun dikenali sebagai pencipta paratha sejuk beku pertama di dunia. Syarikat penghasilan makanan yang bertapak di Shah Alam ini juga menghasilkan banyak jenis makanan sejuk beku yang lain terutamanya makanan istimewa Asia.
Produk-produk Kawan Food telah memasuki pasaran Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Ireland, United Kingdom, Timur Tengah, Afrika, Asia dan Australasian.
#3. Munchy’s
Jenama biskut terkenal Malaysia ini telah mengeksport produk keluaran mereka hampir ke 50 buah negara.
#4. Baba’s
Baba’s mempunyai variasi pilihan rempah ratus dari rempah premium, rempah kari vegetarian, tepung hinggalah ke serbuk pra-campuran yang memudahkan setiap masakan kita.
Jenama Baba’s telah menembusi pasaran luar negara untuk beberapa tahun dan produk rempah ratus Baba’s boleh dijumpai di Amerika Utara, Kanada, Eropah, Afrika Selatan, Australia dan hampir kesemua negara di Asia Tenggara.
#5. Restoran Pappa Rich
Salah satu restoran Pappa Rich di Chatswood, Sydney, Australia. Foto: steemit
Pappa Rich beroperasi di beberapa buah negara luar seperti Australia, Brunei, China, Hong Kong, Indonesia, New Zealand, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Amerika Syarikat.
#6. Old Town White Coffee
Jenama ini tercetus pada tahun 1999 yang berinspirasikan daripada kopi putih istimewa Ipoh. Produk minuman pra-campuran jenama ini seperti teh, kopi dan coklat telah dieksport ke luar negara dan bandar-bandar utama seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei, Fiilipina, Taiwan, Hong Kong, Shenzhen, Shanghai, Beijing, United Kingdom, Kanada, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.
#7. Mamee Monster
Penulis pasti ramai di antara kita yang gemarkan ‘jajan’ ini semasa kecil dahulu (ataupun sehingga kini).
Anda pasti terfikir bahawa ‘jajan’ Mamee Monster ini hanya boleh didapati di Malaysia. Tetapi, anda silap. ‘Jajan’ Mamee Monster ini telah dieksport ke Australia, Angola, Bahrain, Kanada, Cuba, Republik Czech, Ethiopia, Pulau Fiji, Perancis, Hong Kong, Indonesia, Iran, Kuwait, Maldives, Netherlands, New Zealand, Oman, Papua New Guinea, Qatar, Scotland, Singapura, Kepulauan Solomon, Afrika Selatan, Switzerland, Emiriah Arab Bersatu dan United Kingdom.
#8. Mister Potato
Mister Potato telah memasuki pasaran dunia dengan memasarkan produk mereka ke lebih 80 buah negara!
#9. Brahim’s
Pes dan sos Brahim’s membantu anda untuk memasak hidangan-hidangan Asia dengan mudah dan cepat. Brahim;s menghasilkan sos dan pes sedia dimasak hidangan-hidangan Malaysia, Thailand dan Indonesia.
Dari Kari Hijau Thai hinggalah ke Masak Merah dan Rendang, produk-produk keluaran Brahim’s boleh didapati di Asia Tenggara, Australia, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun.
#10. Beryl’s
Ditubuhkan pada tahun 1995, Beryl’s memasarkan produk coklat berkualiti dan dijual pada harga yang berpatutan. Coklat Beryl’s dieksport ke Singapura, Macau, Hong Kong, Jepun, Filipina, Vietnam dan Thailand.
BACA: