“Ingatkan sembelit, wanita terkejut dapat tahu perkara sebenar selepas beli ubat di farmasi”

Oleh MHDAILY

Menerusi perkongsian seorang wanita, dia terpaksa menunggu selama 15 tahun sebelum disahkan hamil.

Wanita yang mesra disapa Puan Junaida ini juga tidak menyedari bahawa dia sebenarnya sudah berbadan dua selama lima bulan.

Menurutnya, masalah haid tidak teratur dan tidak lawas sudah dialaminya sejak sebelum berkahwin.

Walaupun pada mulanya dia menyedari terdapat perubahan pada payudara dan perutnya, dia menganggapnya sebagai pertambahan berat badan.

Tambahan lagi, keadaan perutnya yang sedikit keras disangkakan disebabkan masalah sembelit yang dihadapinya.

"Ingatkan sembelit, wanita terkejut dapat tahu perkara sebenar selepas beli ubat di farmasi"

Terkejut Nampak Dua Garis Biru

Puan Junaida pergi ke farmasi untuk membeli ubat sembelit. Di samping itu, dia turut membeli ujian kehamilan seperti yang disyorkan oleh suaminya. Setelah melakukan ujian, dia terkejut apabila mendapati dua garis biru pada ujian tersebut, menandakan dia telah hamil.

“Ya Allah, terkejutnya melihat dua garis, selama 15 tahun saya test, tak pernah naik dua garis ni. Saya memang terharu sangat, tak boleh nak cakap, seharian saya menangis,” katanya.

Rupanya Sudah Lima Bulan

Untuk mendapatkan kepastian, Puan Junaida melakukan pemeriksaan di klinik. Dia tidak menyangka apabila doktor memberitahunya bahawa bayi sudah berada dalam perutnya selama lima bulan.

“Pastu saya pergi klinik untuk pastikan, tiba-tiba doktor cakap lima bulan dah bayi di dalam perut saya,” ujarnya.

Pernah Rasa ‘Down’

Menceritakan pengalaman sebelum hamil, Puan Junaida mengakui bahawa dia merasa ‘down’ kerana tidak dikurniakan anak selama hampir 15 tahun. Walaupun suami dan keluarganya tidak merungut, dia tetap menginginkan pengalaman seperti yang dialami wanita lain.

“Saya punya keluarga semua tak beri tekanan, cuma saya saja yang kalau boleh nak juga seorang zuriat,” ujarnya. Dia yang merupakan anak sulung hanya bermain dengan anak-anak saudaranya sebelum ini. Kini, giliran adik-beradiknya yang lain pula untuk bermain dengan anaknya. Kesempatan disahkan hamil setelah bertahun-tahun menanti merupakan perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Rezeki daripada Allah SWT

Kurniaan yang tidak ternilai ini adalah rezeki dari Allah SWT walaupun perlu menunggu dalam tempoh yang lama. Dengan usaha Puan Junaida dan suami serta izin Allah SWT, pasangan ini bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Puan Junaida menyatakan bahawa dia turut mengikuti nasihat doktor untuk menjaga pemakanan, seperti menghindari kafein, makanan dalam tin, dan makanan segera.