Ingatkan sebab cinta rupanya sebab duit, kereta mewah dan lot tanah akhirnya lelaki ini setuju kahwini wanita tua

Oleh SURIANI HAMDAN

Pada zaman kini, kecantikan dan usia sering kali tidak menjadi keutamaan. Sebaliknya, kekayaan dan harta benda lebih menjadi buruan.

Ada juga pasangan dengan perbezaan usia dan penampilan yang ketara, tetapi mereka benar-benar saling mencintai dengan sepenuh hati.

Namun, di China, seorang lelaki muda berusia 23 tahun telah memutuskan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini seorang wanita berusia 38 tahun.

Kisah pasangan ini, yang mempunyai perbezaan umur 15 tahun, menjadi tumpuan ramai

kerana ramai yang berpendapat lelaki itu hanya berminat dengan wang dan harta wanita tersebut.

Ingatkan sebab cinta rupanya sebab duit, kereta mewah dan lot tanah akhirnya lelaki ini setuju kahwini wanita tua

Perkahwinan mereka berlangsung di sebuah rumah di bandar Qionghai, Hainan pada 9 Januari lalu.

Menurut laporan media tempatan, lelaki muda itu mengambil tanggungjawab untuk mengahwini wanita tersebut selepas menghamilkannya.

Pengantin perempuan dikatakan hanya setahun lebih muda daripada ibunya dan mempunyai anak lelaki berusia 14 tahun.

Pada awalnya, ibu bapa pengantin lelaki tidak bersetuju dengan perkahwinan ini dan menentangnya, tetapi akhirnya mereka menerima keputusan tersebut selepas pengantin perempuan menawarkan ‘tawaran’ yang sangat mewah.

Wanita itu menghadiahkan 660,000 yuan (RM406,769) dalam bentuk wang tunai, beberapa lot hartanah, dan sebuah kereta sport Ferrari yang dianggarkan bernilai 5,000,000 yuan (RM3,080,224).

Dalam sebuah video yang tular, pasangan tersebut kelihatan menaiki Ferrari sambil melambai-lambai kepada tetamu.

Memang benar, salah satu cara cepat untuk hidup dalam kesenangan adalah dengan mengahwini orang kaya. Namun, hakikatnya, kekayaan tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan.

BACA: 2 beradik angkat terkejut rupanya mereka adik beradik, semuanya terbongkar lepas balik dari hospital