Ingatkan saja-saja poket blazer sengaja dijahit tertutup, rupanya ini sebab ramai tak tahu
Rekaan bagi setiap pakaian adalah berbeza-beza. Begitu juga dengan rekaan blazer sesetengah sut.
Bagi anda yang pernah membeli atau memakai sut, mesti anda perasan bahawa blazer itu mempunyai poket yang berjahit.
Tetapi bagi yang tidak pernah memiliki sebarang blazer, mesti anda tidak pernah perasan dan tidak tahu mengapa sesetengah blazer yang dijual di mana-mana butik pakaian memiliki poket yang berjahit.
Sebenarnya poket berjahit ini ada sebab-sebabnya yang tertentu. Bukan saja-saja mereka membuat jahitan pada blazer itu. Ada sesetengah blazer yang sememangnya mempunyai poket yang dijahit sebagai hiasan.
Malah ada juga sesetengah blazer yang mempunyai jahitan tertutup pada poket (sewn shut) dan jahitan tersebut hendaklah ditetas terlebih dahulu sebelum ia digunakan.
Oleh itu, ayuh kita kupas dengan lebih lanjut sebab mengapa sesetengah blazer mempunyai poket sedemikian.
Memetik jawapan daripada Daily Star, sesetengah kilang sut sengaja membuat jahitan tertutup pada blazer yang dikeluarkan mereka. Hal ini kerana pengilang ingin memastikan blazer itu mempunyai bentuk yang tidak berubah.
Cuba anda bayangkan sekiranya pelanggan di kedai mencuba blazer tersebut, dan mereka meletakkan tangan pada bahagian poket terbuka. Sudah tentulah poket itu sedikit sebanyak akan berubah bentuk.
Poket juga diperbuat daripada kain dan tangan manusia yang mencuba pakaian tersebut mempunyai saiz yang berbeza-beza.
Jika poket blazer kerap dimasukkan dengan tangan pelanggan yang mencubanya, maka sut itu akan kelihatan sedikit usang dan yang paling penting poket jahitan akan mula longgar (regang) dan tidak cantik.
Menurut Business Insider, jika anda sudah membeli blazer tersebut barulah anda boleh membuang jahitan pada poket itu. Caranya mudah sahaja. Apa yang anda perlu buat hanyalah mencari satu benang pada bahagian poket yang dijahit tertutup itu.
Apabila anda sudah jumpa, anda hanya perlu memotong dan menarik benang tersebut sehingga ia terurai.
Tetapi ada juga sesetengah blazer dengan jahitan poket hiasan. Oleh itu anda dinasihati supaya tidak mudah tertipu. Jika anda ingin membeli blazer baharu, pastikan anda memeriksa bahagian poket terlebih dahulu.
Jika ada jahitan longgar yang menghalang poket daripada dibuka, itu bermakna ia poket yang sengaja dijahit tertutup (sewn shut). Tetapi jika ia memang dijahit tertutup (jahitan mesin) sepanjang poket, itu bermakna ia sememangnya poket hiasan pada blazer.
BACA: Ingatkan ikhlas nak pulihkan banduan tapi merosakkan pula, ini kegiatan gelap guru wanita di penjara