‘Ingatkan perempuan je, lelaki pun dah tak selamat jadi mangsa skodeng’, abang lori dedah sebab suka bawa tisu masuk tandas.
pemandu lori meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi pengalamannya berdepan gangguan kaum sejenis setiap kali menggunakan tandas awam.
Dia yang menggelarkan golongan itu sebagai ‘pemburu lato-lato’ berkata, ramai pemandu lori otai (senior) turut mengadu berdepan kejadian sama.
Menerusi TikTok, dia turut berkongsi satu kaedah untuk mengelak daripada menjadi mangsa skodeng (intai), khususnya ketika berada di mana-mana hentian atau kawasan rehat dan rawat (R&R).
driver2
Pemandu lori terpaksa menutup lubang-lubang di dinding tandas awam menggunakan tisu.
“Hari ni aku ada cerita sikit tentang pemburu lato-lato. Ini dekat hentian rehat Sungai Buloh, hala Selatan. Aku ambil tisu ni bukan untuk lap je. Nampak tak lubang kat dinding (tandas). Itulah lubang yang digunakan pemburu lato-lato untuk skodeng korang.
“Jadi kalau korang tak peka bab ni, memang kena skodeng la. Bukan perempuan je bahaya zaman ni, lelaki pun sama. Jadi itulah tujuan aku bawa tisu ni, untuk disumbat ke lubang-lubang tandas yang aku masuk.
“Bukan tandas je, tandas lain pun sama. Bilik mandi pun sama sahabat-sahabat. Jadi kalau mana tak tahu, mandilah pakai seluar pendek atau seluar dalam. Bilik mandi depan pun sama. Jadi itulah gunanya bawa tisu,” ujarnya.
Bila dah marah-marah, cakap nak lapor polis. Baru dia mengaku. Tapi dengan gaya manja la.
PEMANDU LORI
Dalam satu video berlainan, dia turut berkongsi lanjut tentang rakan pemandu lori lain yang pernah diintai oleh seorang lelaki ketika menggunakan tandas awam.
“Ada satu pengalaman la, seorang pemandu lori nak mandi. Jadi dia dah buka baju, waktu dia buka seluar, dia tunduk. Jadi dia nampak bayang bilik mandi sebelah.
“Dia dongak atas, nampak orang tengah merakam. Dia terus jerit, woi kau buat apa tu? Jadi dia dengar mamat tu tergesa buka pintu. Jadi dia (mangsa) keluar,” ujarnya.
Menurut pemilik TikTok itu, mangsa yang sempat berdepan dengan pelaku mengugut untuk membuat laporan polis, namun kes diselesaikan secara baik.
“Tengok mamat tu tak lari. Si pemburu lato-lato ni duduk dekat penjuru je. Dia duduk dalam keadaan senyum-senyum, macam budak-budak nak aiskrim.
“Tapi pemandu lori ni terus pergi cekak dia punya leher, terus tolak ke dinding. Nak tumbuk tapi dia tak tumbuk. Cuma dia tanya. Si pemburu lato-lato ni tak mengaku (rakam) pada mulanya.
“Bila dah marah-marah, cakap nak lapor polis. Baru dia mengaku. Tapi dengan gaya manja la. Lepas tu dia suruh padam,” ujarnya lagi.
Pemuda itu mendakwa ramai lagi pemandu yang lain pernah menjadi mangsa.
Pemandu itu turut berkongsi kisahnya sendiri yang turut berdepan kejadian sama.
“Aku pun ada pengalaman sendiri. Waktu tu aku tengah dalam tandas, tengah nak buang hajat. Waktu aku duduk mencangkung, tiba-tiba tengok tisu kat lubang jatuh. Nampak bayang.
“Jadi aku tahu dah orang nak skodeng. Aku ketuk dinding, pemburu lato-lato kat sebelah tu terus tergesa-gesa keluar,” ceritanya lagi.
Video berkenaan dikongsi pada Mei lalu, namun ia sekali lagi tular dan menghiasi paparan For You Page (FYP) TikTok sejak dua hari lalu.
Respons pihak Plus berhubung video pemuda itu.
Malah, pengendali akaun TikTok @plusmalaysiaberhad (PLUS2u) turut memberi respons kepada pengadu tentang kejadian itu.
“Hi, pihak Plus mengambil maklum atas perkara ini dan akan mengambil tindakan pencegahan secepat mungkin. Kami juga telah hantar mesej kepada saudara untuk mengetahui lebih lanjut.
“Kami dah tampal lubang tu,” jawab PLUS2u lagi selepas disoal seorang netizen.
BACA:
Telegram akan di ‘banned’ kerajaan Malaysia? ini jawapan Menteri
Duit haram boleh buat beli apa? Ustaz Azhar Idrus dedah 2 cara halalkan duit haram ramai tak tahu