Ingatkan orang Malaysia je boleh dapat pangkat ‘Datuk’, Ini 3 orang bukan warganegara senang je dapat Datuk
Ada sebuah pepatah yang mengatakan, “Baling sebiji batu kat mana-mana, mesti akhirnya terkena seorang Datuk”.
Nak katanya, ramai sangat orang yang ada gelaran Datuk ni kat Malaysia.
Korang juga mesti pernah dengar berita pasal Jackie Chan… eh maafkan kami, Datuk Jackie Chan yang dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk.
The Star melaporkan yang sifu kung fu tu adalah antara 71 orang yang menerima anugerah pada Hari Wilayah Persekutuan.
Kartun Zunar mencerminkan gelagat dalam masyarakat. Imej dari Aliran Monthly.
Jackie Chan pun boleh dapat gelaran Datuk? Korang pun boleh! Macam mana? Korang boleh buat TIGA perkara ni:
Sumbangan yang luar biasa kepada masyarakat dan negara.
Jadi seorang yang hebat dalam bidang kepakaran dan profesion korang.
Atau tunggu anak-anak korang ada anak.
Jadi… Jackie Chan dapat Datuk sebab nombor… 2?
1. Datuk Jackie Chan
Imej dari Twitter Datuk Seri Tengku Adnan.
Ye, betul tu! Datuk Jackie Chan dapat penganugerahan tu disebabkan dia memang hebat dalam profesion dia sebagai seorang pelakon movie dan kungfu! Siap buat stunt sendiri lagi.
Jadi, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dalam tweetnya menjelaskan kenapa selebriti kelahiran Hong Kong itu diberikan anugerah.
Jacky Chan pelakon yang banyak peminat di Malaysia dan boleh promosi Malaysia khususnya Kuala Lumpur dan memang layak — Tengku Adnan (@TengkuAdnanReal) February 1, 2015
Filem yang mempromosikan Malaysia, khususnya KL adalah filem Police Story 3: Supercop (atau tajuk asalnya ‘Ging chat goo si 3: Chiu kup ging chat’). Set filem ni difilemkan di Shangai, Hong Kong dan KL, dengan separuh masa kedua difokuskan di Kuala Lumpur.
Masa scene kat Malaysia, kita boleh nampak yang isteri watak lelaki jahat tu dipenjarakan di KL, dan menunggu hukuman gantung disebabkan beberapa jenayah yang dilakukan. Oh, tak lupa juga dengan scene klimaks bila helikopter milik ketua dadah tu terhempas dan membunuhnya. Part paling best sekali ialah bila Michelle Yeoh pakai tudung!
Datuk Jackie Chan mungkin ada rasa deja vu sikit kot bila ada dalam majlis macam ni. Korang ingat tak filem Shanghai Knights, di mana karakternya sebagai Chon Wang yang ditabalkan sebagai kesatria oleh Queen Victoria? Ala-ala la tu.
Jadi, berbalik kita kepada apa yang Tengku Adnan cakap tadi. Berapa ramai peminat Jackie Chan ada kat negara kita ni?
Seriously, kami terkejut bila dapat tahu yang Malaysia adalah negara ke-10 paling tinggi meminati JC di laman Facebooknya – iaitu sejumlah 1,698,435 peminat (2.6%). Fuyoh!
Aplikasi Social Bakers ni menunjukkan betapa besar laman media sosial tertentu berdasarkan bilangannya. Dan korang boleh cari statistik berdasarkan negara, macam yang kami lakukan.
Tapi, tak semua orang gembira dengan penganugerahan Jackie Chan ni.
Sesetengah netizen kecewa sebab gelaran tu diberikan kepada orang asing, dan bukannya orang tempatan, seperti yang dilaporkan The Malay Mail Online.
Salah seorang daripadanya adalah pelawak kita sendiri, Afdlin Shauki.
“Jangan salah faham, saya pun suka Jackie Chan. Tapi pemberian gelaran Datuk tak membawa apa-apa makna pun kepadanya. Apalah sangat title datukship on the… — Afdlin Shauki (@afdlinshauki) February 1, 2015
Betul juga sebenarnya apa yang dia cakap tu, sebab ramai je orang Malaysia yang lebih layak untuk dapat pengiktirafan (walaupun Jackie Chan boleh buat backflip banyak kali).
2. Datuk Shah Rukh Khan
Yeayyy! Pelakon Bollywood pulak! Kali ni, Datuk Shah Rukh Khan dianugerahkan gelaran pada 2008, bersempena dengan majlis hari jadi ke-70 Gabenor Melaka.
Shah Rukh Khan nampak betul-betul segak apabila memakai sepasang baju Melayu hitam dan kain samping songket.
Gabenor Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob menganugerahkan anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM).
Selepas penganugerahan tu, dia berterima kasih dan berkata pada sidang akhbar:
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan Melaka.
Setiap kali saya membuat filem, apabila saya bertemu dengan beberapa orang antarabangsa, perkara pertama yang mereka katakan adalah, ‘pasaran terbesar anda di Malaysia’. Sudah tentu ia sangat bagus untuk memakai pakaian juga… kain sampin. “- Datuk Shah Rukh Khan,