Ingatkan goodies dari kelab Liverpool, rupanya bungkusan dadah, ini asal-usul dadah jenama Liverpool

Oleh MHDAILY

Ingatkan goodies dari kelab Liverpool, rupanya bungkusan dadah, ini asal-usul dadah jenama Liverpool

Pihak berkuasa Paraguay dilaporkan berjaya merampas lebih 200 kilogram bungkusan mampat yang berisi serbuk dadah

jenis kokain bersama beberapa peluru hidup dalam serbuan ke atas sebuah rumah di bandar Pedro Juan Caballero, Paraguay.

Ingatkan goodies dari kelab Liverpool, rupanya bungkusan dadah, ini asal-usul dadah jenama Liverpool

Video serta foto rampasan tersebut telah menjadi tular di media sosial.

Apa yang menariknya adalah, pada bungkusan itu terdapat sticker yang mirip seperti lencana pasukan gergasi liga perdana Inggeris (EPL) Liverpool, dipercayai digunakan sebagai brand untuk barangan berkenaan.

Walaupun begitu, terdapat beberapa perubahan yang ketara dapat dilihat.

Antaranya ialah, motto kelab yang terdapat pada lencana pasukan Liverpool iaitu “You’ll Never Walk Alone” ditukarkan menjadi “Ismail Montes”.

Pasti ramai yang memikirkan bahawa nama tersebut sebenarnya adalah merupakan ketua kartel, namun sebenarnya nama itu adalah milik seorang jeneral Bolivia dan presiden dua kali negara itu.

Sehingga kini, belum dapat disahkan lagi berkenaan kemanakah bungkusan narkotik itu sedang menuju atau dari mana ianya berasal.

BACA: Dengan hanya guna kad NUTP, boleh dapat diskaun beli barang di Mydin, ini cara apply kad NUTP