‘Ingat artis ni najis binatang ke?’ – Hattan mengamuk lepas ustazah kata salam artis rosak roh. Penghibur senior, Datuk Hattan menyelar tindakan seorang penceramah bebas yang sewenang-wenangnya menganggap tindakan bersalam dengan golongan artis sebagai tidak layak dlakukan kerana boleh menyebabkan si pelakunya hilang roh.
Hattan atau nama sebenarnya, Mohd. Shukri Shahabudin berkata, anak seni juga mempunyai agama dan hampir 90 peratus golongan artis di Malaysia sudah menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bagi tujuan umrah mahupun mengerjakan ibadah haji.
“Bersalam dengan artis hilang roh, hina benar kami di mata anda kan. Main sedap mulut bercakap.
“Ingat artis ini standard dia macam mana? Ingat artis ni binatang ke? Najis mughallazah ke?
“Kita ni jenis tak gemar menunjuk tapi 90 peratus artis di Malaysia semua dah sampai ke Tanah Suci, sama ada umrah atau buat haji,” getusnya menerusi satu perkongsian video dalam Instagram.
Dalam video berdurasi lebih dua minit tersebut, pelantun lagu Dari Kekasih Kepada Kekasih itu memaklumkan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah berhubung urusan dakwah individu terbabit namun janganlah membabi buta mengeluarkan kenyataan tanpa berfikiran matang.
“Nak tarbiah boleh, nak bagi nasihat boleh tapi gunalah bahasa yang betul. Kalau salam batal air wuduk bukan muhrim, itu kita faham.
“Tapi kalau cakap salam hilang roh macam hina benar golongan artis. Bercakap tu biar fikirlah.
“Ingat lebam di dahi guarantee (jamin) syurga ke?,” getus Hattan.
Anak seni berusia 57 itu turut menyentuh isu hanya suami ‘dayus’ membiarkan isteri mereka bersalin dengan bantuan doktor sebagaimana didakwa penceramah terbabit.
Terdahulu, tular dalam TikTok seorang pendakwah bebas wanita memberi komen tentang pelbagai perkara, termasuklah isu bersalaman dengan golongan artis yang disifatkan boleh merosakkan roh dan jiwa seseorang.
Lihat siaran ini di Instagram