“Ingat apa yang saya beritahu awak. Projek baharu”, komen TMJ pada pemain JDT undang reaksi ingin tahu netizen.
Selepas berehat panjang akibat kecederaan lutut, Syamer Kutty Abba akhirnya kembali menjalani latihan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).
Syamer merakam ucapan terima kasih kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pengurusan kelab kerana sangat prihatin dalam membantunya untuk pulih daripada kecederaan.
Malah, dia yang juga pemain tengah skuad kebangsaan turut mengakui teruja untuk kembali memperagakan aksi yang lebih baik di atas padang.
“Alhamdulillah selepas 212 hari berhempas pulas dan bekerja keras, kini saya kembali melakukan perkara yang paling saya sukai (bermain bola sepak).
“Saya cuma ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada @hrhcrownprinceofjohor (Tunku Ismail) dan JDT kerana memberikan penjagaan terbaik untuk memulihkan kecederaan saya sejak hari pertama.
“Terima kasih kepada semua kakitangan kejurulatihan, keluarga dan rakan yang bersama saya. Kini tiba masanya untuk meningkatkan prestasi dan menjadi pemain yang lebih baik,” kata Syamer di Instagram miliknya.
Hantaran Syamer di media sosial itu turut mendapat reaksi daripada Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ).
TMJ meninggalkan komen di Isntagram Syamer dengan berkata: “Ingat apa yang saya beritahu awak. Projek baharu.”
Syamer mengalami kecederaan lutut pada Julai tahun lalu dan JDT menghantarnya ke Barcelona untuk menjalani pembedahan bagi memastikan dia pulih dengan keadaan baik.
BACA:
Singapura dedah rahsia HSR dibatalkan, pendedahan ini buat bekas PM tak senang duduk
Ahli Parlimen PN dedah kisah payudara dalam sidang parlimen, rupanya ini ceritanya