Influencer ‘kantoi’ tanggal pakaian di luar kediaman mewah, pinjam rumah orang untuk bergambar. Seorang influencer kantoi menanggalkan pakaiannya di luar sebuah kediaman mewah kepunyaan orang lain di Gold Coast, Australia.
Pemilik rumah, Nick McDonald mendapati Holly Cheesman menggunakan kediaman bernilai AS$4 juta (RM17.82 juta) di Palm Beach itu sebagai latar belakang untuk bergambar dalam bikininya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Dalam video berdurasi 10 saat, ‘influencer’ dilihat menyerahkan ‘smartphone’nya kepada seorang individu sebelum buka seluar jeans untuk mengambil gambar bikininya.
“McDonald mengakui dia sedar bahagian luar hadapan kediamannya menarik perhatian ramai.
“Malah, pemilik rumah itu tidak berasa gelisah apabila orang ramai melalui dan menggunakan laman luar kediaman mewahnya untuk bergambar bagi Instagram mereka,” jelas laporan itu.
Influencer itu punyai 13,000 follower di IG, upload gambar dia sedang berbikini di luar kediaman mewah itu sebagai gambar profilnya.
BACA:
Tokti keluar RM10,000 sebulan untuk belanja sekolah Aafiyah dan Afwa
Cuaca terlalu panas buat landasan cair, Britain henti penerbangan
Perodua Alza baharu dilancar, harga buat orang ramai tak senang duduk