Industri pembinaan negara terjejas teruk tahun 2020 kerana Covid-19

Oleh MHDAILY

Pandemik Covid-19 di negara ini telah meninggalkan kesan yang berpanjangan ke atas industri pembinaan dengan penggantungan serta kelewatan projek dan kos lebihan yang turut merangkumi lebih 4,000 jangkitan di pelbagai tapak kerja setakat 21 Disember menjadikan ianya amat terdedah.

Rekod Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menunjukkan nilai projek pembinaan yang dianugerahkan jatuh 42 peratus kepada RM55.3 bilion bagi tempoh Januari hingga Oktober 2020 berbanding RM94.6 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Ahmad ‘Asri Abdul Hamid berkata, dianggarkan industri pembinaan mengalami kerugian kira-kira RM11.6 bilion dalam tempoh 18 Mac (ketika Perintah Kawalan Pergerakan bermula) hingga 14 April tahun ini dan RM6.9 bilion lagi direkodkan berikutan pembukaan semula 13 subsektor dari 15 April hingga 1 Mei 2020.

Baca Artikel Penuh