Seorang individu mendakwa bahawa stesen televisyen milik pengacara terkenal mempunyai
Tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi pekerjanya.
Individu yang mengaku sebagai bekas pekerja tersebut turut mendakwa stesen televisyen itu gagal membayar gaji pekerja selama beberapa bulan.
Menurutnya, “Saya tidak faham kenapa hanya nama Shuib yang disebut-sebut, sedangkan stesen ini tidak membayar caruman Perkeso atau KWSP.
Bahkan, ada gaji yang tertunggak dua hingga tiga bulan.
Saya adalah bekas pekerja di stesen tersebut. Semua rancangan itu hanya syok sendiri.”
Tambahnya lagi, dia telah membuat aduan kepada Pejabat Buruh dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai isu tersebut, namun tidak ada sebarang tindakan yang diambil.
“Saya sudah buat laporan di pejabat buruh KWSP, tetapi tiada tindakan. Isu ini pernah viral sebelum ini, tetapi tidak ada kesudahan,” jelas individu tersebut.
Sementara itu, ramai warganet yang melihat pendedahan ini di ruangan komen kelihatan terkejut dengan dakwaan yang dikemukakan oleh individu berkenaan.