Individu dedah penerima bantuan hidup senang siap melancong, ‘Bila tak dapat, dia meroyan kat FB, semua salah kerajaan’

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Kesukaran hidup golongan kurang berkemampuan dan asnaf menyebabkan pelbagai jenis bantuan kewangan disediakan untuk membantu mereka.

Ini termasuklah usaha lembaga zakat di setiap negeri yang berusaha mengagihkan bantuan kepada golongan yang layak.

Namun, seorang wanita mendedahkan di media sosial tentang individu yang licik mendapatkan zakat

serta bantuan kewangan meskipun hidup dalam keadaan mewah.

Selain itu, dia turut mendakwa individu tersebut memiliki barang kemas dan mampu melancong.

Individu dedah penerima bantuan hidup senang siap melancong, 'Bila tak dapat, dia meroyan kat FB, semua salah kerajaan'

“Kau masih ada duit nak beli keperluan asas, pergi melancong dan pakai barang kemas, tapi kau pergi mohon bantuan zakat dan bantuan lain.

“Itu bermakna kau ambil hak orang lain yang lebih memerlukan. Benda makan jadi darah daging. Esok-esok macam mana kau nak jawab depan Allah?” katanya.

Walaupun identiti individu tersebut tidak didedahkan, wanita itu menggambarkan bahawa individu tersebut mempunyai hubungan rapat dengannya kerana dia mengetahui hal keluarga berkenaan.

Dia juga tertanya-tanya tentang syarat dan peraturan yang melayakkan seseorang menerima bantuan zakat dan bantuan kewangan lain.

“Ada kawan, semua bantuan kerajaan dia dapat, tapi bila ada bantuan yang dia tak dapat… dia meroyan.”

Ini kerana ada segelintir penerima yang sebenarnya berkemampuan dan tidak menjaga waris yang dikategorikan golongan istimewa.

“Saya tak tahu SOP (prosedur operasi standard) zakat macam mana, tapi saya pernah teman kawan ibu tunggal pergi ke pejabat zakat di sebuah negeri.

“Dia mohon bantuan untuk bayar tunggakan bil elektrik, lama masa diambil untuk diluluskan, tapi ada juga bantuan ekspres,” tambahnya.

Di ruangan komen, ramai berkongsi pengalaman memohon zakat dan bantuan kewangan lain, namun mendakwa mereka tidak berpeluang menerima bantuan walaupun hidup dalam kesusahan dan berstatus ibu tunggal.

“Kakak saya ibu tunggal, tak pernah dapat bantuan apa-apa. Bergantung pada Socso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) arwah suami setiap bulan.

“Kawan saya ada yang begitu… rumah, kedai, mesin jahit, semua bantuan kerajaan dia dapat, tapi bila ada yang tak dapat… dia meroyan di Facebook.

“Mak mentua saya ibu tunggal pun kadang kala tolak bantuan sekolah untuk anak-anak yatim masa anak-anak dia masih bersekolah sebab dia rasa masih mampu sediakan keperluan.

“Satu perkara saja nak cakap, pihak zakat sepatutnya turun padang dan buat pemeriksaan teliti bagi memastikan individu tersebut benar-benar layak menerima bantuan atau tidak,” tambah seorang lagi netizen.

BACA: ‘Aku tak akan puas hati selagi kau masih hidup’ Ayat ini jadi punca lelaki dipenjara 9 bulan