Baru-baru ini, sebuah ciapan tular di platform X yang menimbulkan spekulasi
Mengenai siapa sebenarnya pemilik restoran terkenal di Pulau Pinang, Pak Mat Western.
Siapakah Pemilik Pak Mat Western?
Dalam ciapan tersebut, seorang pengguna memuat naik video yang pernah dikongsi tujuh tahun lalu, yang mendakwa
lelaki dalam video itu adalah pemilik Pak Mat Western.
Namun, persoalannya, adakah lelaki yang ditemu bual itu benar-benar pemilik restoran tersebut?
Di ruangan komen ciapan berkenaan, pelbagai reaksi daripada netizen dapat dilihat. Ada yang berpendapat bahawa lelaki tersebut sebenarnya hanya pekerja yang dibayar untuk sesi penggambaran tersebut.
Selain itu, ada juga yang memuji pemilik Pak Mat Western yang dikatakan masih muda dan mengagumi kejayaan yang telah diraih oleh restoran tersebut.
Strategi Pemasaran Pak Mat Western
Bagaimanapun, menurut laporan dari The Vocket, perbualan hangat mengenai identiti pemilik Pak Mat Western di media sosial itu mungkin merupakan sebahagian daripada strategi pemasaran restoran tersebut.
Isu mengenai siapa pemilik sebenar jenama terkenal ini masih belum terjawab, terutamanya kerana Pak Mat Western telah menjadi jenama yang terkenal di platform TikTok dengan keupayaannya mengikuti isu semasa.
BACA: Resepi sosej cheese homemade, pasti berkhasiat buat anak-anak