Ina Naim mengaku tak bahagia dengan arwah Suhaimi?

Oleh FAHMI ABBAS

Penyanyi Ina Naim meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat bertanggungjawab

Dan sentiasa membantunya dalam menguruskan perniagaan.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Ina, atau nama lengkapnya Nordiana Mohd Naim, 40,

Beliau menyatakan rasa syukur atas takdir Allah yang mempertemukannya dengan suaminya, Mohd Khairul Rizal.

“Allah SWT takdirkan Kak Ina kahwin dengan Abang Khairul ni bukan sia-sia atau tanpa makna,” ujar Ina.

Ina Naim mengaku tak bahagia dengan arwah Suhaimi?

Ina turut berkongsi bahawa kehidupannya banyak berubah selepas berkahwin dengan Khairul. S

ebelum ini, dia sering menguruskan urusan perniagaan dan hal-hal lain sendirian kerana suaminya yang terdahulu, arwah Suhaimi Saad, diuji dengan masalah kesihatan.

Namun, kini kebanyakan urusan, termasuk perniagaan, diuruskan oleh Khairul.

“Alhamdulillah, dia banyak sangat membantu saya. Dari segi mesyuarat, dia boleh selesaikan banyak urusan saya. Kami banyak bekerja bersama. Sekarang dia yang memandu, sedangkan sebelum ini saya yang memandu kerana Allah uji saya dengan keadaan suami yang sakit dan tidak nampak,” jelas Ina.

Menurutnya lagi, selepas pemergian arwah suaminya, Allah membawa Khairul Rizal ke dalam hidupnya sebagai pengganti dan penyokong setia.

“Dia boleh memandu, bawa saya ke sana sini. Masa mesyuarat pun, dia banyak bercakap dengan bos besar, memberikan idea-idea yang berguna. Selepas kerja, saya yang penat akan tidur, dan dia sambung kerja saya serta kerja dia sendiri.”

Ina juga menyatakan bahawa walaupun kehilangan arwah suaminya memberikan kesedihan mendalam, kehadiran Khairul telah menggantikan kekecewaan itu dengan kebahagiaan baru.

BACA: Sophia Albarakbah teman baharu Fattah Amin? Ini respon tuan badan