Impian seorang remaja untuk memiliki motosikal Yamaha RXZ berakhir dengan kekecewaan
Dan kerugian RM2,000 apabila dia terperdaya dengan iklan palsu di TikTok kelmarin.
Remaja berusia 18 tahun tersebut hanya menyedari bahawa dia telah ditipu selepas memeriksa
akaun bank yang diberikan oleh suspek, setelah membayar deposit untuk pembelian motosikal tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor, berkata remaja itu mula tertarik
dengan tawaran penjualan motosikal RXZ ketika melayari TikTok di rumahnya.
“Suspek menawarkan motosikal Yamaha RXZ dengan harga hanya RM4,000. Mangsa yang berminat kemudian menghubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp.
“Dia kemudian membayar deposit sebanyak RM2,000 ke akaun bank yang diberikan oleh suspek,” jelasnya.
BACA: Calon PN PRK Mahkota ‘gagap’ jawab soalan wartawan, minta bekas ketua kampung untuk jawab soalan