Imej negara selamat tercalar, pemimpin Taiwan mohon maaf atas kes pembunuhan rakyat Malaysia

Oleh MHDAILY

Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen memohon maaf kepada keluarga pelajar Malaysia yang dibunuh di selatan Taiwan, serta kepada rakyat Malaysia atas kejadian itu, lapor Agensi Berita Pusat (CNA Taiwan.

“Presiden Taiwan menzahirkan permohonan maaf kepada keluarga pelajar dan rakyat Malaysia,” kata jurucakap Pejabat Presiden, Xavier Chang.

Insiden terbabit mencalar imej Taiwan sebagai negara yang selamat dan mesra, dan mendedahkan masalah dalam kalangan rakyat negara itu yang perlu diteliti supaya tragedi seumpamanya tidak berulang, kata Ing-wen ketika mesyuarat tertinggi keselamatan negara di Taipei.

Baca Artikel Penuh