Gejala scammer dalam talian semakin berleluasa dan berkembang dengan pantas.
Jika tidak berhati-hati, ramai yang mudah menjadi mangsa penipuan.
Baru-baru ini, tular satu tangkap layar di media sosial memaparkan cubaan seorang scammer untuk mendapatkan refund
Daripada seorang peniaga sate dengan alasan sate yang dibelinya hangit.
Tuntutan Tidak Masuk Akal
Scammer tersebut mendakwa semua 140 cucuk sate yang dibelinya hangit, namun dakwaannya mengundang persoalan daripada peniaga.
“Saya rasa pelik, takkanlah 140 cucuk semuanya hangit. Biasalah kalau hangit sikit, itu perkara biasa sebab kita bakar guna arang,” ujar peniaga sate itu.
Cubaan Menipu yang Gagal
Apabila diminta membawa kembali sate tersebut untuk diganti, scammer memberi alasan tidak munasabah dengan mendakwa dia sudah berada di Cheras, sedangkan peniaga beroperasi di Manjung.
Diminta menghantar gambar bukti, scammer membuatkan peniaga tergelak apabila mengirim gambar sate hangit yang diletakkan di atas daun pisang.
“Saya saja letak daun,” alasan yang diberikan oleh scammer tersebut.
Namun, peniaga dengan mudah menyedari penipuan itu. Dia menunjukkan tangkap layar sumber gambar yang diambil scammer, membuktikan ia bukan gambar sate yang dijual olehnya.
“Maaf cik, saya tahu gambar ini bukan sate saya. Itu sate daging. Saya mungkin peniaga jalanan, tapi saya tidak bodoh,” balas peniaga.
Percubaan di Kedai Lain
Lebih menarik, hantaran Facebook itu turut mendedahkan bahawa scammer sama pernah cuba menipu peniaga sate lain di Kajang. Pemilik kedai tersebut menegur scammer agar berhenti melakukan perkara sedemikian.
Namun, scammer masih cuba menegakkan benang basah dengan mendakwa suaminya tersalah kedai sate.
Cubaan scammer ini bukan sahaja gagal, tetapi turut menjadi bahan jenaka netizen yang memuji kebijaksanaan peniaga dalam menangani situasi tersebut.
BACA: ‘Dekat FB bukan main sambut anniversary la, dating la tapi anak dia tinggal je langsung tak jenguk’