“Ikutkan hati memang aku nak berpisah dengan isteri tapi bila kenangkan anak bongsu aku jadi berat hati”

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Assalamualaikum min.. tolong hidekan fb saya ya.. ni pon saya pkai acc abg saya min..saya cuma ingin bercerita selebihnya terpulang pada pembaca ceritanya macamni.

saya bru keluar negeri mencari rezeki untuk mengubah kehidupan kami ank beranak tapi.

Kisahnya bermula bila baru seminggu saya keluar berkerja isteri saya sudah mula contact dengan ex bf dia dulu dan terlanjur lebih 2 kali dalam masa sebulan.

Untuk pengetahuan semua saya tinggalkan isteri dikampung keluarganya sebab saya kerja luar negeri tak dapat saya bawa sekali kluarga saya sebab faktor kewangan lagipon saya bru kerja.

Sebelum ni kerja juga tapi kerja2 kampung pendapatan tu tak menentu. sebab tu saya ambil keputusan untuk keluar bekerja diluar demi mengubah nasib kami sekeluarga.

“Ikutkan hati memang aku nak berpisah dengan isteri tapi bila kenangkan anak bongsu aku jadi berat hati"

saya harapkan mak mentua dan ipar duai ada boleh lah jaga dan tengokkan isteri saya sementara saya keluar mencari nafkah untuk ank dan cucu2 dia tapi sebaliknya pula yang berlaku.. mak mentua saya bgi green light untuk isteri saya buat macamni. mksud saya msuk rumah dan tidur semalaman.

Ipar duai saya pon buat tak kisah. sedangkan selamani saya layan diaorang macam kluarga saya sendri tak tahulah andai ada terkurang apa2 saya dimata mereka tetapi tak sepatutnya mereka buat saya macamni.

luluh hancur hati saya min dgn apa yang terjadi ni. ikutkan hati memang saya nk bpisah memang tiada apa yangperlu dipertahankan lagi. Saya kenangkan ank2 saya yang masih kecil dan yang bongsu masih menyusu. bila saya nytakan hasrat saya isteri saya merayu menangis dan mminta saya memberi dia peluang untuk dia tebus dn bertaubat atas kesilapan dia.

saya telah buat keptusan dan memaafkan dia saya nampak kesungguhan dia untuk berubah tetapi memaafkan memang mudah tapi susah saya nak melupakan. saya minta semoga anda semua doakan semoga Allah permudahkan kehidupan saya selepas ini.

trima kasih min kerana siarkan cerita saya ni. maaf kalau ayt tggang terbalik sebab time taip ni pon jiwa tgh kacau. saya tak boleh cerita pada orang sebab aib isteri saya. tapi saya perlu meluahkan sebab saya tak mmpu menanggung seorang diri.

BACA: “Suami aku depan keluarga bukan main baik, tapi dengan aku lain kejadiannya