Ikut peredaran zaman, ini perkembangan terkini Ramlah Ram

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Ramlah Ram menegaskan bahawa beliau tidak akan membuat sebarang kandungan murahan semata-mata

Hanya untuk meraih populariti atau menjual produk.

Menurut penyanyi berusia 59 tahun itu, setakat ini tiada pihak yang berani menawarkan beliau

untuk menghasilkan kandungan sedemikian di media sosial.

Bagi Ramlah, sebagai seorang artis, lebih baik platform media sosial dimanfaatkan untuk tujuan yang membawa kebaikan kepada diri sendiri serta para peminat.

Ikut peredaran zaman, ini perkembangan terkini Ramlah Ram

“Pilihan terletak di tangan masing-masing, tetapi jangan salah guna kerana media sosial ini ada kebaikan dan keburukan. Mungkin ada pihak yang gemar perkara negatif, tetapi itu terpulang kepada mereka.

“Bagi saya, lebih baik ia digunakan untuk perkara yang positif dan tidak memudaratkan. Saya sendiri memilih untuk menggunakan media sosial ke arah kebaikan,” jelas Ramlah.

Tambah beliau, pihak luar mungkin tidak berani menawarkan kandungan seperti itu kepadanya kerana mereka tahu pendiriannya.

“Mereka kenal siapa saya dan tahu saya tidak akan sesekali melakukan perkara seperti itu (promosi murahan),” katanya kepada mStar.

BACA: Pengantin tak kisah ‘cut’ bajet kenduri kahwin…tapi menangis ayah minta RM10,000