Idea ‘Grand Coalition’ akan dibincang dalam mesyuarat PH

Idea ‘Grand Coalition’ akan dibincang dalam mesyuarat PH

Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan pembentukan “gabungan besar” yang merupakan kerjasama baru antara parti pembangkang bulan depan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Katanya, parti pembangkang perlu bersatu dan bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Kami akan berjumpa tahun depan…antara yang akan dibincangkan adalah pembentukan gabungan besar. Ini saja yang saya boleh cakap…selain itu kita tunggu lepas perbincangan,” katanya selepas melawat feri Pulau Pinang.

Idea penubuhan “grand coalition” dicadangkan Timbalan Presiden Pejuang, Marzuki Yahya dan Presiden Warisan, Shafie Apdal yang menyarankan pembangkang membentuk kerjasama menerusi gabungan besar untuk menghadapi PRU15 yang mungkin diadakan pada bila-bila masa.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/31/ph-bincang-idea-gabungan-besar-bulan-depan-kata-guan-eng/

COMMENTS