Idea ‘genius’ pemuda guna seluar hitam jadikan blazer tarik perhatian

Oleh SURIANI HAMDAN

Mahu nampak profesional remaja ini dikatakan kreatif apabila beliau menggunakan seluar bewarna hitam

Dijadikan blazer untuk hadir sesi pembentangan dalam talian.

Tidak dinafikan situasi pandemik hari ini ramai yang menggunakan kaedah dalam talian sama ada untuk mengadakan mesyuarat atau program pendidikan.Idea ‘genius’ pemuda guna seluar hitam jadikan blazer tarik perhatian

Pasti kita selalu mendengar cerita lucu mengenai pakaian semasa pembentangan di dalam talian bukan? Kebanyakannya mesti memakai baju kemaja dan seluar pendek.

Namun, berbeza pula dengan video di TikTok baru-baru ini apabila kreativiti seorang remaja menggunakan

seluar sebagai ganti kepada blazer telah mendapat perhatian ramai.

Bijak jadikan seluar sebagai blazer untuk nampak profesional masa pembentangan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syafiqstonem, kelihatan dia sudah bersiap sedia memakai baju kemaja dan blazer untuk menghadapi pembentangan di dalam talian.

Nak nampak profesional remaja ini guna seluar hitam dijadikan blazer

Seluar hitam yang dikepit dengan penyepit baju, nampak seperti blazer

Namun, apa yang mendapat perhatian netizen apabila rupa-rupanya dia hanya menggunakan seluar hitam yang dikepit untuk menampakkan seolah-olah dia memakai blazer.

Kemudian, dia dengan bangga meneruskan pembentangan bersama rakan sekumpulan yang juga sama-sama menggunakan taktik tersebut.

BACA: ‘Keras hari mu ibu’, Tunggu anak habis jawab peperiksaan di sekolah, baru beritahu yang ayahnya telah tiada buat netizen sebak