‘Iceberg homes’, ini teknik orang kaya buat rumah dengan memanipulasi undang-undang
Undang-undang di kota London mengehadkan bilangan tingkat sesebuah rumah.
Seperti beberapa kawasan lain yang menetapkan undang-undang yang serupa,
ianya bertujuan agar rumah yang dibina tinggi ini tidak akan merosakkan pemandangan kota London.
Walau bagaimanapun, beberapa orang jurutera telah melihat kelemahan undang-undang ini.
Disebabkan bangunan tidak boleh dibina tinggi, mereka membina rumah banyak tingkat pada bahagian bawah tanah rumah.
Konsep baru rumah ini dipanggil “Iceberg Homes”. Mengambil konsep bongkahan ais “iceberg”, rumah ini memiliki kawasan bawah tanah yang luas dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik hiburan, spa dan sebagainya.
Konsep rumah ini banyak digunakan pada rumah-rumah kawasan mewah di London terutamanya di Chelsea dan Kensington.
Kebanyakan ahli perniagaan dan selebriti yang kaya inginkan rumah yang besar dan tinggi agar mereka dapat memuatkan pelbagai kemudahan seperti kolam renang, gym, garaj kenderaan dan banyak lagi. Antara orang kenamaan yang membina rumah dengan konsep ini adalah Lloyd Webber, Nicole Kidman dan bilionair Russia, Roman Abramovich.
Semenjak 2012, 800 permohonan untuk pengubahsuaian rumah menggunakan konsep ini telah diluluskan dan hanya 80 permohonan yang ditolak.
Masalah Yang Timbul Daripada Konsep Iceberg Homes
Walaupun menjadi pilihan kebanyakan orang kaya di London, konsep pengubahsuaian rumah ini tetap mempunyai masalah dan risikonya yang tersendiri. Antaranya adalah:
1. Risiko tanah runtuh. Disebabkan pihak kontraktor perlu mengorek tanah, ianya boleh menyebabkan perubahan struktur tanah asal disitu. Perubahan struktur tanah tersebut juga boleh memberi kesan kepada struktur tanah kawasan rumah berhampiran.
2. Gegaran dan bunyi bising. Pembinaan kawasan rumah bawah tanah ini memerlukan kerja penggalian yang menghasilkan gegaran dan bunyi bising. Hal ini sangat mengganggu jiran-jiran yang tinggal berdekatan. Selain itu, ianya juga seringkali mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan pembinaannya.
Terdapat beberapa kes yang telah dilaporkan mengenai pembinaan Iceberg Homes ini.
Baru-baru ini, sebuah rumah bernilai $1.5 juta milik seorang jutawan bernama Omar Klajaji telah runtuh ketika ianya dalam pengubahsuaian menjadi sebuah Iceberg Homes.
Dalam satu kes yang lain, perubahan struktur tanah telah mengakitkan rumah berdekatan berubah kedudukannya sehingga penghuni rumah tersebut terperangkap di dalam rumah kerana pintunya tidak lagi dibuka.
Akibat daripada kerisauan penduduk setempat dan kes-kes buruk yang berlaku, pihak berkuasa di Kensington dan Chelsea telah meminda undang-undang yang sedia ada untuk mengehadkan pembinaan Iceberg Homes.
Undang-undang ini mengehadkan keluasan dan bilangan tingkat bawah tanah yang dibenarkan untuk ditambah berdasarkan saiz asal rumah. Selain itu, pemilik rumah juga harus menyediakan pelan perancangan lalu lintas untuk mengatasi kesesakan lalu lintas akibat daripada pembinaan tersebut.
BACA: Patutlah warga asing banyak duit dari rakyat Malaysia, rupanya ini 5 punca ramai tak tahu