Sering kali kita melihat banduan memakai baju dengan warna-warna tertentu semasa mereka berada dalam penjara
Sebenarnya, setiap warna baju tersebut melambangkan tahap kesalahan atau peringkat hukuman yang mereka terima.
Mari kita kenali makna di sebalik warna-warna tersebut:
1. UNGU
Baju ungu dikenakan oleh tahanan reman atau Orang Kena Tuduh (OKT) yang masih menjalani proses perbicaraan mahkamah.
Mereka kekal direman selagi hukuman belum diputuskan, kecuali jika mereka mendapat jaminan.
Ini termasuk juga mereka yang tidak mampu memberikan jaminan dalam kes-kes serius di mahkamah.
2. PUTIH
Banduan yang menjalani hukuman singkat di bawah 6 bulan memakai baju putih. Mereka perlu mengikuti program kesedaran dan pemulihan yang dianjurkan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebelum dibebaskan.
3. MERAH
Baju merah dikenakan oleh banduan yang menjalani hukuman lama, iaitu 6 bulan ke atas. Ini merupakan peringkat pertama dalam hukuman panjang. Mereka perlu memakai baju merah selama 3 bulan dan mengikuti Program Permodalan Insan (PPI).
4. HIJAU
Baju hijau menandakan peringkat kedua dalam hukuman panjang, iaitu dari 3 bulan hingga 18 bulan. Mereka menjalani Program Permodalan Insan (PPI) Fasa 2 yang terdiri daripada pembelajaran agama dan terapi kemasyarakatan.
5. BIRU
Banduan yang telah menjalani hukuman lebih dari 18 bulan memakai baju biru. Ini termasuk banduan seumur hidup dan banduan hayat. Mereka telah menamatkan program pembelajaran dan layak untuk bekerja di bengkel-bengkel penjara.
6. HIJAU FLORESEN
Banduan Pra-Bebas memakai baju hijau terang. Mereka mempunyai baki hukuman kurang dari 3 bulan sebelum dibebaskan dan dipilih untuk bekerja di luar penjara di bawah pengawasan pegawai penjara.
7. PUTIH DENGAN KOLAR DAN LENGAN MERAH
Banduan akhir, yang juga dikenali sebagai BA, memakai baju putih dengan kolar dan lengan berwarna merah. Mereka dalam proses hukuman mati atau menunggu keputusan rayuan Mahkamah Agong untuk mengurangkan hukuman mati kepada hukuman penjara seumur hidup.
8. OREN
Baju oren menandakan banduan yang masih berada di lokap polis atau OKT yang masih dibawah tahanan polis sepenuhnya.
Sekarang kita lebih memahami makna di sebalik warna-warna baju banduan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.