Kisah aku ini agak panjang. Kalau diringkaskan aku tak puas, izinkan aku lepaskan semua yang terbuku, yang aku simpan berpuluh tahun,
yang aku “palsu” kan selama ini di sebalik wajah yang ceria, sifat yang kelakor dan penampilan aku yang menarik.
Aku lahir dalam keluarga yang caca marba. Ayah aku kahwin dengan ibu sebab nak orang jaga anak – anak dia lepas isteri yang dicintainya
sepenuh jiwa meninggaI. Aku dan adik beradik yang lain tak tahu macam mana boleh ada, itu persoalan aku dari kecil lagi
Ibu tak pernah dilayan selayaknya seorang isteri. Dikasari bukan secara fizikaI, tetapi mentaI.
Dih1na, dicaci, dijerkah setiap hari kesannya lebih hebat dari pend3raan fizikaI. Ibu yang aku lihat dalam gambar – gambar lamanya seorang wanita manis, bergaya dengan tubuh kecil molek 200% berbeza sungguh dengan ibu yang aku lihat dari kecil hingga sekarang.
Berbaju lusuh tiada segram emas pun di badan, tudung diik4t sahaja, berwajah lesu dengan sepasang mata yang sentiasa berair. Walhal ayah aku pegawai kerajaan, dirinya sentiasa kemas berbaju kolar jenama crocodile, d’urban dan sebagainya
Didikan ayah pada kami ni lain benar. Walhal kami tinggal di bandar, background bukan teruk sangat. Tapi perlu melalui kehidupan yang cukup payah, sentiasa kesempitan wang, untuk makan hari – hari pun sekadarnya sahaja.
Kami dapat makan berat sekali sehari, makan sejenis lauk saja, kami akan makan dengan banyaknya untuk hari itu seolah kami tidak akan makan lagi kerana esok entah jam berapa kami dapat makan lagi. Dulu aku selalu merenung gambar makanan sambil membayangkan aku memakannya hingga tertidur.
Bila adik – adik lapar aku cari biskut lalu ditumbvk dan dicampur dengan susu pekat manis. Dulu waktu adik – adik aku masih bayi semua minum susu pekat manis sampai kami pelik bila tengok susu tepung sepupu kami. Walhal ayah kami pegawai kerajaan
Aku yang sulung, masih sekolah rendah lagi tapi ayah layan aku seperti orang dewasa. Aku keliling kawasan perumahan mencari pucuk ubi, belimbing untuk dimakan bila sesak tiada lauk mencari barang lusuh untuk dijual.
Aku disuruh ke kedai beli barang atau berhutang barang, ke pasar jalan kaki seorang diri atau dengan adik melintas jalan utama yang sesak. Allah jualah yang menjaga kami selama ini. Kalau keperluan asas pun tak cukup apatah lagi kehendak lain.
Baju tak pernah berganti, mengharapkan ihsan orang. Bila ada orang bagi baju kamilah yang paling gembira memungggah baju seolah mendapat baju baharu, walhal yang kami dapat selalu baju fesyen lama, dah koyak sikit, luntur warna, besar sangat.
Bila koyak jahitlah sampai aku yang sekolah rendah dah pandai menjahit sebab selalu koyak sampai reput dan rabak kami pakai juga. Dikala rakan lain berbangga dengan baju cantik ditayang semasa hari terbuka di sekolah aku diejek kerana berbaju lusuh, lama dan berbau hapak.
Bedak baby pun kami tiada apatah lagi wangian. Sedihnya ketika itu, aku pujuk diri sendiri. Walhal ayah pegawai kerajaan. Di sekolah aku murid yang selalu dipinggirkan, tiada keyakinan diri kerana sedar keadaan diri yang miskin h1na.
Bila jamuan tiada makanan yang boleh dibawa, aku jamah sikit makanan sebab perit telinga diejek kawan, tapi pekakkan telinga tapau makan untuk adik – adik kat rumah. Bila sesi tukar hadiah aku jadi nervous sebab aku selalu terp4ksa bagi barang terpakai sampai kawan rasa macam sumpahan kalau dapat hadiah dari aku, boleh nangislah masa tu juga.
I’m sorry! Walaupun luarannya miskin tapi aku tak layak dapat bantuan SPBT kerana ketika itu hanya yang bergaji rendah sahaja yang dapat. Aku sering dimarahi cikgu kerana tak siap homework, cemana nak siap buku teks takde.
Yuran dulu kena bayar tapi selalu kena marah sebab tak bayar, malu bila kawan – kawan ejek. Rasanya mesti ramai cikgu yang tolong bayarkan, moga Allah jua membaIas jasa mereka. Cikgu payah nak terima sebab ayah kan pegawai kerajaan tengok slip gaji boleh tahan banyak gajinya.
Kawan yang ayahnya kerja Alam Flora angkat sampah duduk rumah flat 1 bilik pun boleh bayar yuran on time. Aku tak layak RMT tapi selalu kelaparan hingga cikgu beri peluang aku jadi pengganti. Kawan complaint makanan tak sedap aku tak reti nak cerewet bagi aku dapat makan dah best sangat.
Ayah pegawai kerajaan tak seharusnya aku begitu. Mengenai ayah seorang duda beranak lima sebelum kahwin dengan ibu. Anak – anaknya semua tunggang langgang, kerana kecewa isteri meninggaI muda ayah tak move on.
Biarkan anak – anak dia tak tentu hala membesar tanpa bimbingan. Semua tak jadi orang, awal punca memang ayah salah tapi dah besar tua bangka masing – masing boleh fikir baik buruk kot. Ibu adalah watak terbalik dalam drama cliche ibu tiri. Ibu akulah m4ngsa d3ra anak – anak ayah.
Habis emas ibu digadai termasuk pusaka keluarga ibu untuk menyekolahkan anak – anak tiri. Tapi dibaIas dengan sikap kurang ajar, keluar masuk penjara dan hampir memusn4hkan hidup kami, semua dengan sikap yang sama saja menyusahkan ibu.
Masih segar di ingatan, ibu hampir dibaling bata, jika jiran tak jerit mungkin ibu dah tak panjang umur masa tu, dibaling helmet ketika ibu mengandung adik, diIempar kerusi, diludah, dicaci, dim4ki dan pelbagai lagi peristiwa yang cuba aku padamkan tapi m4kin kuat ia mencengkam hati ini.
Pedih hati ini melihat air mata ibu mengalir der4s setiap kali dirinya dis4kiti sambil menjerit meminta aku menyelamatkan adik – adik. Aku dukung adik – adik masuk bilik, kunci dan menangis teresak – esak sambil memeIuk mereka yang bingung tak mengerti.
Aku rasa tak berguna, tak dapat pert4hankan ibu. Semua perbuatan jahat ini dilakukan oleh semua anak – anak tiri lahanat tu. Semua kurang ajar dan biadap! Ayah? Aku tak tahu siapa ibu pada dia. Aku gadis kecil yang memaksa diri membesar, terp4ksa menjadi matang dan punya alam kanak – kanak yang penuh peristiwa hitam.
Tidak seperti terlihat di luaran, kecik – kecik dah lawo orang kata, wajah unik ‘gifted’ yang boleh buat orang toleh dua kali bila terpandang sikit pun aku tak rasa bertuah lebih pada rasa macam baIa. Aku yang masih kecil menjadi m4ngsa kerakusan nafsu.
Sang pelaku adalah lahanat abang tiri dan 2 orang pakcik aku. Orang yang sepatutnya melindungi aku mengambil kesempatan atas sikap sambil lewa ayah dan kesibukan ibu uruskan keluarga. Aku cepat mengerti itu perbuatan terkutuk, lantas aku rangka strategi melindungi diri dan adik perempuan aku.
Bila abang tiri pulang atau pakcik datang melawat aku jadi gelisah. Aku ekori adik aku ke mana sahaja, aku asingkan mereka, bila tiba malam aku jadi burung h4ntu. Aku kunci pintu, letak barang berat depan pintu dan jadi jaga demi adik aku aku tak mahu ada lagi yang jadi m4ngsa.
Hingga kini aku perasaan benci tu meluap – luap. Ingin aku tegaskan menurut American Phyc0logy Association (APA) ini ada sejenis peny4kit mentaI, tak patut hidup dalam kalangan manusia normal. Selayaknya mereka dihumban ke dalam api hidup – hidup
Kesan psik0logi atas segala peristiwa itu aku menjadi seorang gadis yang terlalu berhati – hati dengan lelaki, tiada boyfriend, rendah diri walaupun ada saja lelaki yang ingin ‘mengorat’, tapi panas baran, kuat member0ntak dan terlalu berdikari.
Istilah ‘gifted’ memang sesuai benar untuk menggambarkan diri aku, yang aku anggap baIa tapi adalah kurniaan Allah yang amat menyayangi aku. Bayangkan, aku kan miskin, ayah tak peduli pasal pelajaran aku, ibu letih uruskan keluarga.
Basically tiada galakan belajar. Aku tak pergi tuisyen macam orang lain, harap pergi kelas NADI percuma jalan kaki sorang balik rumah jam 10 malam, buku teks pun tak cukup apatah lagi buku tambahan yang cikgu suruh beli. Orang lain dah separuh buku digunakan, aku baru mampu beli.
Selalu jadi m4ngsa amuukan cikgu, dek kerana selalu ponteng, takde buku. Seingat aku kamus lusuh belacan english – melayu – cina lama milik salah sorang abang tiri (dia tak pernah pakai pun rasanya) yang banyak bantu aku belajar meskipun orang lain pakai kamus oxford fajar edisi terkini.
Allah saja tau betapa susahnya aku ketika itu. Tapi sebenarnya Allah tengah lorongkan aku ke arah jalan yang bakal mengubah hidup aku. Dalam hal ini, melalui cikgu – cikgu yang paling kuat meng4muk kat aku tadi. Sebenarnya di situlah kunci pada kejayaan aku hari ini
Entah macam mana, aku jadi pelajar cemerlang, 5A UPSR, masuk sekolah kluster antara terbaik di Malaysia. Sekelip mata pandangan jelek rakan bertukar, yang sombong dari darjah satu tiba – tiba mesra. Semua guru kagum aku terpilih ke sekolah berprestij tu.
Kisah aku menjadi sejarah di sekolah itu dan buah mulut selama beberapa tahun. Manakala yang galak mengh1na aku tak ke mana. Hingga ke hari ini segan sendiri kalau bertembung dengan aku. Aku melangkah bergaya keluar dari alam sekolah rendah
Diepndekkan cerita, kehidupan sekolah menengah masih susah. Tapi peluang ke sekolah elit kluster telah membuka minda dan perspektif terhadap masa depan, berubah lebih optimis. Rakan – rakan di sana bukan kaleng – kaleng, anak dato, tan sri, yang tiada gelaran pun kaya raya, balik dijemput driver tapi tidak sombong atau berlagak.
Masih santun pada guru dan tak pilih kawan. Tapi dek kerana rasa rendah diri yang masih tebal aku kekalkan sempadan persahabatan. Aku masih dihimpit tekanan, masih menerima gangguan dan miang dari abang tiri dan kawan ayah.
Tapi aku bijak dan lincah mengelak. Sehingga suatu hari aku terleka, mahkota aku hampir dir4gut oleh abang tiri yang m4buk. Aku diselamatkan oleh seorang lelaki yang akhirnya mengubah seluruh hidup aku. Selepas peristiwa hitam tu aku tak menoleh lagi.
Aku nekad mahu lari sejauhnya dari keluarga aku. Ayah tidak akan membela aku. Nasib aku hanya aku yang mampu ubah. Aku belajar kuat – kuat hingga tak balik rumah, tidur rumah kawan, waktu cuti sekolah aku kerja tapi duit aku bagi ayah sebab kesian adik – adik tak cukup makan.
Tapi ayah fitnah aku pada guru aku, dia kata aku liar, selalu lari rumah. Aku teruk dimarahi guru hingga tak tertelan nasi depan mata. Malu pada rakan yang tak tahu cerita sebenar. Sekali lagi aku ‘diselamatkan’ seorang guru. Nama aku jernih semula
Aku berjaya dalam SPM, dapat tawaran menjadi guru. Ayah aku yang berfikiran sempit marah – marah sebab katanya cikgu tak masyuk, tak glemer macam mana nak bagi dia duit bila dah kerja. Aku tak peduli pun masa tu, minat jadi cikgu tak pernah ada pun, yang aku tahu yuran masuk cuma RM300, tiap – tiap bulan ada elaun, ok boleh surv1ve.
Aku yang degil ni minta ayah hantarkan ke maktab. Ayah ungkit segala belanja dia untuk aku. Walhal dia keluar duit tak sampai RM500 or maybe lebih sikit sebab aku tak kira duit minyak dan tol. Satu hal yang masih terkesan dalam hati, waktu aku mula daftar maktab, mereka minta ‘penjamin’ untuk tandatangan borang perjanjian.
Syaratnya pegawai kerajaan gred A, tidak lain tidak bukan, makcik aku berpangkat besar itu. Namun kecil hati sungguh aku bila dia kata dia tak boleh dan statement dia memang mengguriis hati aku “kalau kamu Ianggar perjanjian dan dibuang kolej nanti kena bayar RM150k tau sebab aku penjamin” apa teruk sangat ke aku ni sampai boleh kena buang?
Ayah jerit – jerit pulangkan borang perjanjian kosong dan kata aku menyusahkan dia. Lalu aku bawa borang tu pada sorang h4mba Allah yang takde pertalian d4rah pun dengan aku dan ditanda tangan tanpa sepatah pun alasan. Alhamdulillah, takkan aku lupa jasa beliau
Aku jalani kehidupan di maktab dengan penuh warna warni suka dan duka. Bertemu sahabat – sahabat sejati. Ayah aku 2 kali je muncul di maktab sepanjang pengajian aku, masa hantar aku daftar dan masa pulangkan borang tu.
Segala wang dia keluarkan aku dah bayar melalui wang sagu hati pelajar cemerlang yang diberikan kerajaan negeri, semua aku bagi dia sebab malas dengar dia ungkit. Sebab aku kan bijak dah tahu aku kena surv1ve sendiri sebabtu aku pilih belajar di maktab tapi elaun selalu masuk lambat pulak.
Disini takdir Allah selalu menyebeIahi aku. Lelaki yang menyelamatkan aku masa zaman sekolah pernah cuba aku hindari. Tapi dah jodoh kot, boleh pulak tempat kerja si dia berhampiran dengan maktab. Sejak itu, kehidupan aku menjadi sem4kin mudah dengan kehadiran si dia yang sentiasa mengambil berat kebajikan aku.
Tiada masalah wang saku, malah dengan elaun ini aku mampu beri wang belanja pada ibu dan menghantar adik aku belajar. Subhanallah tiada dayaku melainkan dengan izinNya. Dipendekkan lagi memang takde can lelaki lain nak masuk jarum dah aku berkepit je dengan si dia.
Habis belajar kami kahwin tanpa restu ayah. Ayah menentang keras sebab si dia biasa – biasa je. Aku kan kuat member0ntak, rebeI is my middle name. Dari kecik aku Iawan untuk hidup aku dan I will keep f1ghting for my life. Ibu beri restu, itu yang paling utama
Panjang betul kan cerita aku? Aku hargai orang yang sudi baca. Ayah aku jatuh s4kit beberapa tahun lepas pencen, hilang upaya kekal, tapi mulut kekal bisa. Masih mem4ki ibu tanpa sedar hanya ibulah yang masih sudi melayaninya.
Di sini aku melihat kifarah Allah pada dia dan betapa mahalnya hidayahNya. Aku melihat wang pencen dan gratuti bernilai puluhan ribu ringgit hangus ditipu rakannya. Anak – anak kesayangan dia berg4duh sesama sendiri, selalu minta wang pencen ayah, ada yang dikejar polis kerana pecah amanah, yang sorang lagi tu memang dari dulu keluar masuk penjara.
Ada yang susah hidup sampai minta adik – adik aku wang beli susu anak, ada yang mulut celupar berani fitnah ibu di hadapan saud4ra di kampung tapi aku tahu dia sendiri mend3rita hidup dengan suami yang baran dan mertua yang selalu h1na dia.
Tapi anak – anak dia yang tak guna satu sen ni yang dia sayangkan sangat. Aku tak paham betul. Padahal adik lelaki aku yang sanggup pinjam kereta orang angkut dia pergi hospitaI, ibu tidur atas lantai hospitaI menjaga dia, adik – adik setia memasak, bergilir jaga ayah di hospitaI.
Jangan kata terima kasih, dim4ki hari – hari pula. Anak – anak kesayangan dia haprak takde sorang pun yang berguna. Balik bila perlu sesuatu je. Suatu hari, atas permintaan ibu dan izin suami, aku ke hospitaI menjaga ayah.
Aku cuma taknak ada yang mengungkit sebab anak kesayangan ayah dah berbunyik. Hairan aku, lebih – lebih pulak dia, sengaja cari pasal. Padahal wang belanja ibu untuk keperluan keluarga dan memenuhi permintaan ayah yang macam – macam selama ni semua duit aku.
Aku bukan macam ayah dan anak – anak dia suka mengungkit. Dari dulu aku memang suruh ibu rahsiakan wang aku beri. Tak sedar diri tu dulu masa aku belajar mintak duit ibu dan berani mintak duit aku. Aku pun tak pernah mintak duit ibu aku tau.
Sorry aku tak b0doh, hidup kalau tak membantu jangan menyusahkan. Jadi lepas aku jaga ayah aku, aku rasa tiba masanya aku lepaskan segala yang patut aku katakan pada mereka, yang aku simpan lama sebab masa tu aku belajar lagi.
Sekarang aku dah kerja bagus, ada suami dan aku boleh berlagaklah. Aku bahasakan semua anak – anak kesayangan ayah aku panjang berjela dengan ayat paling berbisa. Puas hati aku, bitter lah masing – masing tu, panas punggvng perit telinga
Tentang hidup aku sekarang, ‘blessed’ adalah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan erti sebenar ‘gifted’ yang dulu aku rasa macam baIa tu. Aku ada suami yang berikan segala hak aku yang dinafikan dulu, hak untuk dilindungi, hak untuk dihorm4ti, hak untuk disantuni, hak untuk dihargai.
Kasih sayang, cinta jangan katalah, bertahun kahwin hangatnya masih sama. Segala hak ibu sebagai isteri yang tidak pernah ayah tunaikan Allah berikan kepada aku. Jatuh air mata ini saat ibu katakan pada aku dia tidak pernah rasa bahagia selepas kahwin dengan ayah, tapi bahagia itu rupanya Allah beri pada aku anaknya, ibu rasa bahagia sungguh lihat suami melayani aku.
Alhamdulillah maha suci Allah. Ampuni aku yang pernah mempersoalkan aturanMu. Tipulah jika kami tak pernah susah. Awal perkahwinan dulu susah duit tapi hati bahagia berbunga – bunga. Hanya senyuman dan kebahagiaan bila bersama dia.
Dia lelaki yang buat aku sentiasa angau, yang aku rindukan dan aku tunggu kepulangannya setiap hari. Setiap patah kata dari bibirnya hanya membuat aku senyum dan ketawa. Aku hanya menangis bila terkenangkan betapa sengsaranya hidup ibu bersuamikan ayah.
Hingga saat ini aku dapat segala yang tak pernah aku imagine dapat pun aku dapat. Dulu fikir Secret Recipe mahalnya tapi sekarang banyak kali merasa fine dining di 5 star hotels, dulu rasa bag Sembonia mahal dah tapi sekarang ada collection LV, merasa berjalan selesa padahal dulu aku fikir pakai saga pun best dah.
Berkat pemurah pada isteri dan ibunya (mertua aku) rezeki suami mencurah – curah. Kerjaya aku pun stabil tapi segala yang membaluti badan aku adalah pemberian suami. Bagi dia satu kepuasan melihat isteri yang bergaya dengan hasil titik peluhnya
Suami aku, anak yang amat baik pada ibunya, ayahnya, isterinya dan keluarganya. Hasil didikan ibu ayah mertua menjadikan suami aku lelaki yang hebat. Bawalah dia ke mana pun mesti dia dapat kawan baharu. Pak guard sekolah aku, tokey kedai makan kat maktab jadi member dia, pensyarah aku sampai jadi bapak angkat dia. Cemana tu, hahaha.
Bawa kenduri disebut tuan rumah, bawa balik kampung dipuji saud4ra mara. Kawan aku, kawan dia, kawan dia kawan aku. Sahabat yang baik, pantang dengar kawan susah, sedaya upaya pasti ditolong. Tak pandai mengungkit, ini paling ketara.
Siapapun berhutang tak bayar tak pernah diburukkan, kadang – kadang aku pun tak tahu, padahal rakan lain siap up kat facebook orang tu tak bayar hutang dia RM100 walhal orang tu berhutang beribu dengan suami aku.
Minta elok elok tak dapat takpe, “mungkin dia ada masalah, kalau dia tak bayar bukan rezeki i tapi lepasni i tak kasi pinjam dah,” macamtu je dia. Suami sangat jaga aib rakan – rakan dia, walaupun yang lain dah kecoh dalam group suami buat rileks je.
Dia tak pandai buruk sangka, tak reti membawang, jujur dan tak mudah ambil hati, sangat pemaaf. Kehadirannya disenangi siapa saja, malah ibu bapa sahabat dia. Entah berapa ramai mak ayah sahabat dia yang official jadi mak baoak angkat dia.
Aku juga yang puas kena hafal mana satu kena panggil mak, abah, mama, ayah ehhh. Memiliki dia adalah kebanggaan aku. Adik aku semua sangat menghorm4ti suami kerana dia pandai ambil hati mereka. Di wajah adik lelaki aku terserlah rasa hormat yang tinggi bila berbual dengan suami aku, bila dengan adik – adik perempuan, aku dapat lihat betapa gembiranya mereka punya abang yang caring.
Bila ada masalah suami akan segera bantu, bila lapang suami bawa ibu dan adik – adik berjalan, makan sedap – sedap dan shopping. Suami akan sentiasa ingatkan aku tentang keperluan ibu dan tak pernah lupa hulur belanja.
Ayah masih dengan eg0nya, bukan tak pernah mencuba pulihkan keadaan, pernah masa awal kahwin dulu, pada hari itu tangan aku digenggam erat suami menarik aku keluar rumah itu meninggaIkan ayah kerana tak sanggup dengar isterinya dim4ki lagi.
Masih aku ingat ketegasan kata – kata suamiku pada ayah, waktu itu aku benar – benar yakin menjadi isterinya adalah keputvsan paling tepat dalam hidup aku. Allah kurniakan kami sepasang anak, yang manis, manja, bijak dan sihat.
Alhamdulillah, Allahuakbar. Aku pregnant lepas 3 tahun kahwin, aku takut mulanya aku suruh ibu rahsiakan sebab ayah selalu doakan aku dapat anak c4cat dan hodoh. Sedih aku tapi suami pandai distract aku, bagi aku happy je.
Dengan izinNya kedua dua anak aku lahir sihat sempurna bonus muka comel boleh jadi model baby masuk magazine tapi suami tak kasi daaa. Berangan je lah, hahaha. Ibu excited tak boleh tahan – tahan sebab ni kan cucu sendiri akhirnya lama kelamaan ayah dapat tahu.
Eg0nya dia ibu cerita dia curi – curi tengok gambar cucu – cucu dia sambil bandingkan dengan cucu – cucu dari anak kesayangan dia tu lah. Ya Allah, bukankah anak itu amanah dari Dia, sempurna walau apapun rupanya.
Biarlah dia dengan eg0nya, aku masih lagi skeptikal. Aku tak boleh terima jika anak aku pula dih1na. Apatah lagi suamiku, boleh bertukar hijau dia. Suami, father figure idaman aku. Dia pengalaman pertama aku melihat seorang ayah yang sebenar.
He is the best dad ever. Tumpah air mata kegembiraan aku tiap kali melihat keakraban anak – anak dengan daddynya. The kids are happier when daddy’s around. Tak kisah betapa penatnya suami, baru sampai rumah after long hours of driving, tak cukup rehat he doesnt care.
Reach home, hugs the kids, roll up the sleeves dan here we go daddy will serve u today. Bila daddy outstation anak – anak boleh demam rindu. Unlike me, Imma fierce mommy, kurang sabar, oh well thats me, susah nak ubah.
Suami sentiasa ajar aku control anger pada anak – anak. Bila aku naik angin dia pujuk aku “mommy is tired let mommy rest ok” or “u guys tak behave ya, kesian mommy penat tau buat kerja rumah”. Bab parenting aku banyak rely on him sebab dia rational.
Dia takkan marah aku depan anak walaupun aku tengking dorang (panas baran kan) dia akan control the situation wisely, pujuk anak give explaination, belakang baru dia tegur aku elok – elok. Apart from being a daddy, he is my daughter’s boyfriend dan my son’s best friend.
Ok, at last! This has come to the end. Apa yang aku cuba sampaikan adalah,
1. Percaya pada aturan Allah. He is the best planner. When u feel its impossible, turn to Him. Dia beri ujian yang mampu kamu hadapi, minta jalannya saja.
2. Tanggungjawab, jangan sikit pun lari. Tak sikit pun Allah lupa, takkan sesekali kamu terlepas.
3. Begitu juga hak isteri, nafkah khususnya. Kedekut dengan isteri? Allah ambil semua tak tinggal sikit pun.
4. Doa adalah senj4ta orang Islam. Doa ibu adalah mukjizat buat anak, doa yang tak elok takkan diangkat Allah tanpa izinNya.
5. Ambil kisah ini sebagai pengajaran. Pentingnya peranan seorang lelaki dalam mengemudi rumah tangga, ke mana arahnya? Selamat tibakah atau hanyut tenggelam dalam badai.
6. Bahagiakan isteri dan ibu, kunci semua pintu rezeki. Yakin dan percaya pada rezeki Allah ada di mana – mana
Ya Allah, kurniakan keluarga ini, keluarga kami keberkatan di dunia dan akhirat. Himpunkanlah kami bersama – sama di syurgamu kelak. Hidup dan m4tikanlah kami dan keturunan kami dalam agamaMu. Amin ya rabbal alamin… – NUR (Bukan nama sebenar)
Komen w4rganet :
Izawati Eyza : Macam kisah novel, awalnya sedih, penuh liku dan cabaran tapi berakhir dengan kebahagian dan kegembiraan. Sebak baca kisah ini dari awal hingga akhir, semoga confessor dan keluarga terus bahagia dalam rahmat dan kasih sayang Allah hingga ke syurga.
Nor Asmah Asmah Nor : Sangat terharu. Perjalanan hidup yang penuh dengan ranjau dan duri. Awak berjaya keluar daripada keperitan hidup dengan semangat juang yang tinggi.
Tidak semua orang boleh berfikiran macam awak ketika menghadapi kesukaran hidup. Semoga menjd inspirasi kepada mereka yang di luar sana yang senasib dengan awak.