Ibu panggil aku anak sulung tak guna,aku tiada tempat mengadu kerana takut dipukul, aku terpaksa kerja keras untuk kesenangan keluarga”

Oleh MHDAILY

Ibu panggil aku anak sulung tak guna,aku tiada tempat mengadu kerana takut dipukul, aku terpaksa kerja keras untuk kesenangan keluarga”

Tujuan saya menulis pun sekadar ingin luahkan perasaan yang terpendam selama ini. Umur saya kini hampir mencecah 40 tahun.

Saya tidak pernah berkahwin dan tinggal sendirian di rumah sewa. Saya bersyukur kerana masih ada pekerjaan dan mampu menyara diri sendiri.

Ibu panggil aku anak sulung tak guna,aku tiada tempat mengadu kerana takut dipukul, aku terpaksa kerja keras untuk kesenangan keluarga"

Sebenarnya sudah hampir 3 tahun saya tinggalkan keluarga saya kerana tidak tertanggung lagi rasa sedih dihina, dipukul dan difitnah keluarga sendiri.

Saya datang dari keluarga ‘dysfunctional’ atau keluarga yang bermasalah. Ibu saya adalah seorang yang anti-social. Dia tidak suka bercampur dengan saudara mara. Malahan ibu benci keluarga ayah dan sering menceritakan benda buruk tentang mereka. Ibu juga tidak mempunyai hubungan yang baik dengan adik beradiknya sendiri.

Ayah pula seolah-olah hidup dalam dunia sendiri. Dia terjebak dengan dadah dan sering keluar masuk pusat pemulihan. Oleh kerana itu, saya membesar tanpa dapat mendekati saudara mara atau sesiapa pun. Saya merupakan anak sulung dari lima orang adik beradik, 4 orang perempuan dan seorang lelaki.

Dari umur 15 tahun, saya terpaksa bekerja sambilan sambil belajar untuk membantu ibu kurangkan beban kewangan keluarga. Saya juga harus uruskan adik beradik bila ibu kerja. Ibu sering buat saya jadi tempat melepaskan marahnya dan saya kerap ditumbuk hingga lebam atau ditampar sekiranya saya tidak cuba untuk memenuhi permintaan adik-adik seperti makan makanan enak, pakaian branded.

Ibu panggil saya anak sulung tak guna. Benci lihat muka saya kerana seiras muka ayah. Saya tidak ada sesiapa untuk mengadu. Kerana takut dipukul ibu terus-terusan, saya terpaksa kerja keras juga untuk dapatkan duit supaya adik adik dapat kesenangan.

Tahun silih berganti, akhirnya semua adik beradik saya sudah meningkat usia dewasa. Sedihnya, mereka langsung tidak menghargai saya sebagai kakak yang menjaga mereka dari kecil. Saya hanya minta mereka cuba untuk hulurkan hanya minimum RM50 setiap seorang supaya dapat sama-sama bayar bil rumah tapi satu pun tak mahu tolong.

Akhirnya semua saya yang kena bayar sendiri. Kalau saya tak bayar bil bil rumah, Ibu akan marahkan saya kerana sebagai anak sulung, saya contoh tak baik. Adik-adik saya semua bergantung dengan saya untuk lunaskan semua hal-hal rumah.

Pernah saya dipinang seseorang, tapi ibu tolak sebab takut saya akan dibawa suami dan tak ada sesiapa yang akan tanggung bil dan keperluan adik beradik. Saya kecewa tapi terpaksa redha sebab dah mungkin takdir saya macam ni.

Saya pernah beritahu ibu, memandangkan adik lelaki saya dah dewasa dan sekarang umurnya awal 30-an, dah tiba masa dia belajar untuk galas tanggungjawab. Tapi ibu herdik saya. Ibu terlalu banyak beri muka pada adik lelaki saya.

Kalau rasa nak kerja, dia pergi tapi kalau datang mood malas, dia akan berhenti kerja sesuka hati. Dia dulu banyak terlibat dengan hutang, ibu sanggup keluarkan duit simpanan untuk bantu dia. Adik-adik perempuan saya pulak ibu tak pernah peduli pergaulan bebas mereka.

Akhirnya satu adik saya mengandung anak luar nikah 4 kali. Saya yang dipaksa ibu untuk jaga anak-anak sedara saya. Adik perempuan saya pulak selalu lari dari tanggungjawab dia sebagai seorang ibu. Dia lari rumah dan tinggalkan anak.

Nanti cukup masa balik dengan perut bunting lagi. Anak-anak dia saya yang kena didik dan uruskan. Kerana belas ikhsan pada buda-budak yang tidak berdosa, saya uruskan mereka walaupun bukan tanggungjawab saya.

Saya sering ada masalah dikerja kerana ambil banyak cuti sendiri demi urus anak-anak sedara. Sampailah satu masa, saya nekad untuk selamatkan pekerjaan saya dan terjadilah peristiwa pahit antara saya dan ibu serta adik beradik.

Ibu kata saya busuk hati dan pentingkan diri. Ibu cuba pukul saya. Saya dah tak tahan dan cari tempat lain demi keselamatan saya dan untuk mencari ketenangan. Saya hanya mampu mendoakan mereka dapat taufik hidayah.

Saya sedih tinggal sendiri tanpa ada sesiapa. Kawan pun cuma ada satu dua orang yang kasihankan nasib saya dan tanya khabar. Saya takut kalau terbaca kisah orang tua hidup sendirian dan mati di dalam rumah tanpa sesiapa tahu.

Sejujurnya saya tak kuat melalui setiap hari dalam kesunyian. Adakah orang senasib saya?

Komen Warganet :

Dean : Kedaan kita serupa. Saya dah lebih 12 tahun sendirian tanpa keluarga. Jika kamu perlukan seseorang sahabat boleh la kita berkawan ye. Memang apabila kita susah orang tak akan rapat dengan kita. Tapi pada waktu-waktu sebeginilah sebenarnya Allah yang paling rapat dengan kita. Banyak-banyakkan berdoa ye.

Mehandi Srikandi : Walaupun keluarga you tak tahu untuk menghargai you sis, tapi you mulia di mata Allah. Jangan berhenti untuk terus bersabar dan berdoa semoga keluarganya diberikan hidayah untuk berubah dan adiknya untuk bertaubat daripada terus bergelumang dengan maksiat.

Ain Nor Aisha : Ya Allah, semoga syurga tempatmu kelak, selalulah solat dan berdoa. Cuma pada Allah, kita mampu meminta. Sekarang beri perhatian pada diri awak, jaga kesihatan, kumpul duit simpanan. Semoga semuanya dipermudahkan Allah, amin!

Maman Thor : Bersabar la sis, berat punya hal ni, lagi-lagi kes pasal ibu kandung. Biar mati bapa jangan mati mak. Kalau adik bradik tu bagi saya kisah la, ibarat dorang tu biawak ditanggung manusia.

Berdoa je la sis, InshaAllah sekarang hidup susah. Nanti mana tahu terjumpa jodoh yang istimewa dan akan hidup bahagia seumur hidup yang sis tak pernah rasa. Allah maha adil dan maha penyayang.

Baharuddin Ahmad : Tetap hormat pada ibu. Tapi, adik beradik yang dewasa, bukan tanggungjawab anda lagi. Sekarang sudah masanya awak bina kehidupan sendiri. Mula menyimpan dan hidup berdikari. Lebih dekati agama demi kekuatan rohani. Sabar dan solat.

Yan A Le : Saya simpati dengan nasib awak. Kadang-kadang hidup ni rasa tak adil tapi, sebenarnya kita ada tugas dalam hidup yang sudah ditentukanNya, yang adakala tak rasa serasi dengan kemahuan dan selera kita.

Kalau jalan hidup awak begitu untuk sekian lama, mungkin ada mesej di sebalik apa yang awak lalui. Mungkin tugas awak di dunia ini untuk menjaga keluarga awak. Walaupun memang tidak akan dihargai, sebab itu adalah tugas awak kat dunia.

Dan sekarang walau awak sudah selamat dari kekejaman ibu, awak masih rasa sunyi dan sedih. Jadi ada baiknya awak balik dan mana tahun mak awak pun dah agak serik nak meIampau dengan awak.

Dengan perasaan awak yang tak pula bertambah tenang, mungkin itu petanda awak memang harus ada bersama keluarga, dan tempat awak dengan keluarga awak akhirnya, suka tak suka.

Cuba redha, kalau awak dah cuba segalanya, seperti berdoa, solat dan sebagainya. Jika tetap sama juga, redhalah. Dari situ awak akan rasa tenang dan bahagia. Mungkin rezeki awak di akhirat sebenarnya, bukan sangat kat dunia. it’s like that sometimes.

BACA: 

Siti Nurhaliza terkejut netizen doa buruk pasal dirinya di Twitter, sekali lain pula jadi bila tuan badan buka mulut

Gara-gara beli bag bundle, Lelaki ini jackpot RM700 sekali lain pula terjadi bila jumpa surat ‘seram’