Ibu ikhlas walaupun penat diperlakukan seperti bibik, satu hari aku terdengar apa nenek cakap pasal ibu, tak sanggup dengar

Oleh FAHMI ABBAS

Ibu ikhlas walaupun penat diperlakukan seperti bibik, satu hari aku terdengar apa nenek cakap pasal ibu, tak sanggup dengar.

Nenek fitnah ayah ambil duitnya untuk beli ikan sedangkan dia yang beri memandangkan gaji ayah dah habis dan nenek pula nak makan ikan siakap dan sup tulang!

Paling kelakar hari tu katanya dia langsung tak boleh bangun sebab dema. Sebenarnya nenek baru lepas tengok drama pukul 7 sambil makan bihun goreng..

Ibu ikhlas walaupun penat diperlakukan seperti bibik, satu hari aku terdengar apa nenek cakap pasal ibu, tak sanggup dengar

Hi semua.. Nama aku Intan. Merupakan anak sulung dari 4 orang adik beradik.

Aku mempunyai seorang ibu dan seorang ayah (ofcos la kan) masing-masing berusia lewat 40-an. Alhamdulillah baru-baru ini ibu dan ayah aku dah dinaikkan pangkat tapi tak naik gaji ye..

Yang sebenar ibu dan ayah dah dinaikkan pangkat bergelar nenek dan atuk kepada cucu sulung mereka iaitu anak aku yang baru dilahirkan beberapa bulan sahaja.

Rumah tangga aku alhamdulillah cukup untuk aku bersyukur, mempunyai keluarga mentua dan suami yang baik.

Baiklah itu la serba ringkas pengenalan tentang keluarga aku. Aku tak punya masa yang lama untuk menaip, jadi biarlah aku terus kepada cerita sebenar. Kisah bermula 6 tahun lepas apabila hadirnya nenek dalam hidup kami.

Selepas Wan (panggiIan kepada suami nenek) meninggal dunia, nenek berpindah tinggal dengan anak bongsunya iaitu ayah kami.

Bukan tidak ada anak lain lagi untuk menemani nenek, tapi kesemua kakak dan kakak-kakak ipar ayah berkerja. Kecuali maklong.

Tapi nenek memilih untuk tinggal dengan kami memandangkan rumah nenek dengan rumah kami lebih dekat dan ibu pula tidak bekerja. Sudah takdir, Allah menduga ibu disaat dia ingin merasa nikmat hilang penat menjaga anak kecil, adik bongsu baru saja melepasi 4 tahun ketika itu, kata ibu dapatlah tidur lena sikit tapi hadirnya nenek ibu jadi berganda penat.

Sebelum ni memang ibu sangat sayang dan hormatkan nenek seperti ibunya, tapi kerana sikap nenek yang terlalu melampau ibu tawar hati. Nenek, usianya lewat 70-an, dia tidak nyanyuk, tidak pula sakit terlantar. Hanya mempunyai penyakit tua seperti warga emas yang lain.

Rutinnya bangun subuh, kemudian tidur balik. Bangun semula jam 9 pagi ketika makanan pagi sudah siap terhidang. Menu wajib nasi lemak dan lauk tak boleh pedas. Selama 6 tahun ya menu sarapan tidak boleh berubah.

Selepas itu ibu akan mengutip semula pingan nenek dan membasuh. Sambil bertanya apa menu nenek nak makan untuk tengahari. Nenek hanya order saja. Ibu ikhlas walaupun penat diperlakukan seperti bibik sehinggalah suatu hari tanpa sengaja ibu terdengar nenek bercakap dengan salah seorang anaknya.

Jelas pada masa itu nenek cakap, perutnya masuk angin. Kerana ibu lewat menyediakan sarapan pagi. Jam waktu itu menunjukkan 10 pagi. Ibu terkilan. Sedangkan nenek tahu ibu demam. Ibu tunggu aku yang pergi beli makanan dan nenek sedia maklum.

Kenapa nenek buat semua ini. Dan itu la permulaan segala fitnah nenek pada ibu. Sehingga ketika aku sudah memasuki alam perkerjaan, aku dengan sengaja meletakkan perakam suara dalam bilik nenek. Alangkah terkejutnya aku, seawal pagi nenek sudahpun mengadu pada anak-anaknya yang lain perihal ibu.

Ibu masak pedaslah, ibu buat tak layan bila dia sakit. Kami cucu-cucu tidak masuk biliknya untuk mengurutnya. Nenek fitnah ayah ambil duitnya untuk beli ikan pada nenek sedangkan ayah terpaksa ambil sebab nenek yang beri memandangkan gaji ayah dah habis dan nenek pula minta nak makan ikan siakap dan sup tulang!

Paling kelakar hari tu katanya dia langsung tak boleh bangun kerana demam tak makan apa dan ketika itu sebenarnya dia baru masuk bilik selepas menonton drama tv3 jam 7 sambil menghabiskan sepinggan bihun goreng kegemaran nenek yang ibu masakkan.

Sungguh drama nenek, ya nenek! Itulah kemuncak rasa hormat pada nenek sendiri dah hilang. Nenek fitnah ibu dan kami semua. Cukuplah. Cukup sehari rakaman suara itu aku letakkan di situ. Tidak sangup rasanya lagi.

Aku takkan lupa. Satu peristiwa di mana nenek teringin nak makan pulut kuning dengan rendang daging. Bersusah payah ibu aku seawal pagi menyiapkan juadah permintaan nenek. Nenek makan bertambah-tambah. Akhir apa yang ibu aku dapat?

Nenek aku mencanangkan kepada anak-anaknya yang lain rendang daging ibu aku pedas. Nenek tak dapat makan. Hanya rasa pulut. Esoknya nenek mengadu lagi pada anak-anaknya. Yang dia sakit badan disebabkan pulut ibu aku.

Yela mana tidak sakit kalau 2 pingan nenek hentam! Aku tahu sebab aku terdengar dengan tak sengaja perbualan nenekku dengan anaknya yang lain. Pedihnya memiliki nenek yang sebegini, jangan kata aku dan ibu tidak paham orang tua.

Kami bukan tidak paham orang tua. Tapi kami tidak paham kenapa ada orang tua yang suka fitnah anak menantu dia sendiri. Sedangkan ana-anaknya sendiri pun tak sanggup menjaganya tempoh yang lama, aku tak nafikan ibu-ibu saudaraku baik-baik.

Semuanya bila dengar nenek bercerita tentang ibu akan sebeIahkan ibu. Sehingga la nenek pernah merajuk juga. Ibu-ibu saudara aku juga pemurah selalu menghulurkn bantuan tika kami memerIukan tapi itulah bab menjaga nenek semuanya lari.

Akhirnya ibu juga menjadi m4ngsa kerana tidak bekerja. Perihal maklong pula walaupun dia tak bekerja tapi nenek tak berkenan dengan paklong sebab paklong jenis peramah. Biasala paklong orang kampung, kadang-kadang nenek ke kIinik ditanyanya nenek tadi doktor cakap, diguraunya itu ini, tapi nenek aku ni pelik.

Dia tak suka. Dia nak yang diam-diam ja. Lepas tu senang dia nak fitnah anak menantu cucu dia tak layan dia. Nenek aku ni dulu pun cuma tau beranak ja. Jangan cakap aku kata sakit beranak tu biasa sebab aku sendiri tahu bagaimana sakit tu.

Tapi Ini yang anak-anak dia sendiri cakap. Anak 5 orang. Setiap kali beranak s4kit misteri tapi zaman dulu sakit-sakit pun anak ramai. Bila beranak yang jadi m4ngsa maklong dan makngah aku kena jaga adik-adik.

Maklong aku sendiri cakap nenek tak penah bangun pagi siapkan anak-anak untuk ke sekolah walaupun sekali. Tidak pernah bangun masak sahur dan berbuka ketika bulan puasa, masak harian pun boleh dikira semuanya anak-anak yang agak besar yang buatkan.

Macam dia sekarang macam tu lah dulu. Tapi bukan main lagi demand. Nak kata s4kit teruk dah berpuluh hospitaI dah kami bawa. Tak ada sakit apa-apa. Ustaz-ustaz pun kami ada bawa tapi kata ustaz tiada tanda-tanda nenek ada gangguan.

Jari dan tangan nenek halus mulus. Kuku masih cantik. Kerana dia tidak pernah bekerja teruk sepanjang usianya. Aku tak minta banyak cuma mintak nenek bertaubat memfitnah ibu cucu dan anak-anaknya yang lain. Ya selalu juga nenek burukkan ana-anaknya yang lain depan ibu.

Aku cuma nak meluah sebab terlalu s4kit hati dengan nenek. Nak dicakap depan-depan dia lah nenek aku. Apa peranan ayah ketika nenek tak henti-henti memfitnah ibu? Ayah sangat bertanggungjawab. Menasihati nenek. Memujuk ibu.

Setiap kali itu akan jadi drama rajukan panjang dari nenek. Ayah paham ibu penat. Setiap kali gaji, ayah dah sediakan sedikit bahagian ibu untuk ibu pergi “me time” rutin ini bermula dari 6 tahun lepas selepas hadirnya nenek.

Dan setiap kali itu ibu menerima jelingan m4ut dari nenek. Dicanangnya ibu keluar dari pagi sampai petang. Habiskan duit anak dia. Mujur la anak-anak nenek banyak sebelahkan ibu. Tapi biasala, ada juga yang percayakan dan kata..

Patotla ayah selalu tak cukup duit sebab beri bini joli sakan, sedangkan mereka tak berada di kasut ibu dan ayah. Sekian cerita saya. Jadikan sikap nenek sebagai sempadan untuk kita. Semoga kita akan menjadi orang tua yang tidak pernah menyusahkan anak supaya ketika hidup disenangi ketika m4ti dirindui. – Permata ibu (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

M.A : Memang itulah lumrah jaga org tua 70 tahun ke atas ni. Ya bukan semua orang tua macam ni, tapi ramai yang pattern macam ni. Antara perkara-perkara nak kena hadap bila jaga orang tua camni.

Yang dekat bau busuk, yang jauh bau wangi. Yang jauh tulah yg dipuji melambung. Yang dekat, yang jaga dia, semua ada je salahnya.

Perkara yang tidak terjadi direka – reka bagi sedap supaya orang kesian pada dia.

Sentiasa ada je tak kena depan mata dia. Biasa bersangka buruk terhadap orang keliling dia. Pura-pura sakit untuk dapat perhatian. Kaki mengadu.

Saya nasihatkan TT jangan ambik pusing sangat dengan karenah nenek tu. Dia dah masuk tahap jadi budak – budak semula tu. Dia reka cerita untuk orang kesian pada dia, pujuk dia. Selagi ada yang pujuk dia, bagi perhatian kat dia, selagi tulah TT sekeluarga akan jadi m4ngsa cerita palsu dia tu.

Apa kata buat jadual bergilir anak-anak yang lain jaga nenek tu. Sehari dua pun jadi la kalau diorang bekerja. At least bagi diorang tau per4ngai nenek tu camne, supaya adik beradik ayah TT tak semudah itu percaya cerita-cerita nenek.

Dulu maklong saya masa dah terlantar di katil, cucu dia yang basuhkan berak, tapi cucu tulah yang dihina hari-hari. Yang dipuji ialah cucu yang jauh di luar negara yang tak pernah datang jenguk dia pun. Memang jaga orang tua kena daya tahan yang kuat.

Kalau tak sabar memang kat mulut rasa nak maki je. Tapi kalau sabar, banyak pahalanya, insya-Allah. Sebab kita sendiri pun akan tua, kita tak tau macam mana kita di hari tua kelak. Moga TT dan keluarga kuat.

Norasikin Hussein : Ujian mak haang dan hampa semua. Perangai buruk memang akan dibawa hingga ke mati kalau taknak berubah. Rajin-rajin mintak ayah kamu bawak pergi ceramah masjid ke apa-apa majlis ilmu. Dia banyak masa lapang, jadi tulah kerjanya cari salah anak menantu. Semoga mak kamu dinaikkan darjat oleh Allah swt atas setiap kesabarannya.

BACA:“Anak baru umur 5 tahun, suami paksa hantar anak ke kampung sebab dia tak nak jaga, alasannya buat aku rasa bersalah dengan anak”