Ibu bapa yang ada anak OKU boleh dapat road tax percuma! Macam mana tu? Ini cara memohon.
ramai yang tidak tahu rupa-rupanya caj cukai jalan (road tax) adalah percuma bagi ibu bapa yang mempunyai anak berstatus orang kelainan upaya (OKU).
Bukan untuk OKU sahaja yang layak memohon, ibu atau bapa atau penjaga pun layak memohon, dengan syarat waris yang didaftarkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mestilah nama pemilik kenderaan.
Seorang pelayar Facebook, Akhi Akmal berkongsi panduan untuk individu atau waris OKU memohon road tax percuma ini.
Akhi Akmal berkongsi cara memohon roadtax percuma bagi individu atau waris OKU.
Dalam perkongsian tersebut dinyatakan bagi waris yang mahu memohon road tax percuma, ia hanya boleh dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan atau JPJ Negeri sahaja, tidak boleh di lokasi lain.
Berikut adalah dokumen yang perlu dibawa, termasuk dokumen asal dan salinan:
1. Kad OKU
2. Kad pengenalan OKU
3. Kad pengenalan waris
4. Lesen waris
5. Geran kenderaan
6. Isi borang permohonan di kaunter JPJ
kad
Kad OKU adalah salah satu dokumen yang wajib dibawa ketika mahu memohon roadtax percuma. Gambar hiasan
Syarat permohonan:
1. Mempunyai lesen memandu
2. Kenderaan pemasangan tempatan dan kenderaan nasional sahaja
3. Hanya satu kenderaan kereta dan satu motosikal sahaja untuk satu permohonan.
Permohonan hanya sekali sahaja boleh digunakan. Sebagai contoh, sekiranya individu OKU sendiri memohon untuk dirinya, maka waris dikira tidak berkelayakan.
Untuk makluman, caj percuma hanya untuk road tax sahaja. Insuran tetap perlu dibayar ya… Semoga bermanfaat!
BACA:
Anwar Ibrahim akan dedah kes 6/6/1976 yang rakyat tak tahu, apa benda kes 6/6/1976? Ini kisahnya
Ini senarai orang Malaysia paling kaya dalam dunia tahun 2023, Syed Mokhtar pun ada!