i-Sinar : Pencarum KWSP kini dilihat seperti mengemis duit sendiri

i-Sinar : Pencarum KWSP kini dilihat seperti mengemis duit sendiri

Pencarum KWSP yang telah memohon skim i-Sinar amat kecewa setelah kelulusan permohonan mereka telah ditarik semula baru-baru ini.

Alasan yang diberikan adalah masalah teknikal di portal utama i-Sinar bagaikan satu kesulitan langsung birokrasi yang tidak mengutamakan keperitan rakyat terkesan.

Sebilangan besar pemohon i-Sinar adalah golongan M40 dan B40 yang telah kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan pendapatan. Walaupun pengeluaran ini seringkali disebut akan menjejaskan wang persaraan mereka, namun ia wajar demi mengatasi masalah terdekat yang dihadapi ketika pandemik Covid.

Kadar pengangguran telah bertambah sejak negara kita dilanda wabak Covid iaitu seramai 772,900 orang pada kadar 4.8 peratus setakat Disember 2020, menurut perangkaan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Kehilangan sumber pendapatan harus ditangani demi kelangsungan kehidupan rakyat dan wang KWSP merupakan penyelesaian jangka masa terdekat bagi mereka.

Kelewatan dalam meluluskan permohonan pengeluaran wang KWSP seolah-olah membuatkan pencarum perlu ‘mengemis’ demi wang hasil titik peluh sendiri. Saya berharap masalah ini dapat ditangani sebaik mungkin tanpa kompromi.

Sumber : https://www.facebook.com/103335494919987/posts/170609618192574/