“I nak luah kenapa suami kebanyakannya tak nak tolong wife ya, I sedih gila”, sekali netizen sindir pedih sampai ulu hati.
Itu adalah perkara normal. Sebab itu pentingnya komunikasi dan saling tolong-menolong di antara satu sama lain.
Jangan bebankan hanya seorang sahaja.
Baru-baru ini, seorang individu berkongsi luahan hati seorang wanita di Twitter yang memberitahu dia kecewa dengan sikap suaminya yang tidak suka membantu telah mendapat perhatian ramai.
Luah suami tak suka menolong kerja rumah, tapi netizen geram dengan benda lain
Menerusi ciapan tersebut, kelihatan individu itu berkongsi jawapan yang telah diluahkan oleh salah seorang pengikutnya.
Dapat dilihat ianya adalah seorang wanita yang meluahkan apa yang terjadi di dalam rumah tangganya.
“I nak luah kenapa suami kebanyakannya tak nak tolong wife ya. I sedih gila, dulu masa I pregnant 8 bulan I masih sental toilet dan buat 100% kerja rumah seorang, husband I air pun suruh I ambil. Now pregnant anak nombor 2, 100% kerja rumah I buat. I bukan housewife, I pun bekerja. Anak sulung 100% I urus,” katanya.
Ternyata luahan perasaannya itu mendapat perhatian para netizen yang membidas dia tetap mempunyai ‘anak baru’ walaupun sikap suami begitu.
“Dia bukan nak bini. Dia nak bibik free” – Netizen
Tinjauan di ruangan komen juga mendapati, selain daripada ramai yang membidas tentang kehadiran anak nombor duanya, ada juga yang mengecam tindakan suaminya itu dengan pelbagai perkara.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 2,916 retweets, 1,047 quotes tweets dan 6,338 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Susahlah kalau ada pasangan macam itu, tolong-menolong ni penting dalam rumah tangga