Hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus – PM

Oleh MHDAILY

Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil golongan ditetapkan kerajaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, menentukan kemaslahatan komuniti bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak.

“Saya juga ingin berkongsi bahawa Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam telah memutuskan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan,” katanya ketika menyampaikan Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI) pada Isnin.

Baca Artikel Penuh