Tawaran gaji tinggi sering menjadi faktor utama bagi individu dalam memilih pekerjaan, walaupun tugas yang perlu dilaksanakan mencabar.
Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang lelaki mendakwa
Bahawa gaji sebagai tukang batu terlatih di United Kingdom (UK) boleh mencapai sehingga RM900 sehari.
Video tersebut, yang dimuat naik melalui akaun TikTok @gamispukak97, pastinya menarik perhatian ramai, khususnya mereka yang berpendapatan rendah.
Bayangkan, dengan pendapatan harian sebanyak RM900, seseorang boleh meraih sehingga RM27,000 sebulan.
Kerjaya tukang batu di UK ini adalah hasil inisiatif Borneo Bricklayer Excellent Centre di bawah Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu.
Melalui program Work To UK yang sedang berlangsung, lapan peserta ambilan ketiga tahun 2024 terdiri daripada bekas pelajar IKMKK,
alumni Giat Mara, dan orang awam telah diberi peluang menjalani latihan asas pemasangan bata selama sebulan.
Latihan ini bertujuan mempersiapkan mereka sebelum menerima tawaran bekerja di UK dengan gaji minimum RM900 sehari sebagai tukang batu profesional.