Hubungan istimewa Shila Amzah dan Ubai direstui keluarga

Oleh MHDAILY

Hubungan istimewa Shila Amzah dan Ubai direstui keluarga. Sebelum ni Ohmedia ada kongsi tentang hubungan penyanyi Shila Amzah dengan seorang influencer TikTok, Ubai yang dikatakan sedang hangat bercinta.

Sangkaan ini timbul selepas Shila tersasul panggil Ubai ‘Yang’ ketika sesi live di TikTok.

Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, berusia 25 tahun itu kemudian tampil mengesahkan mereka sedang menjalin hubungan istimewa sejak tahun lalu lagi.

Berkawan lebih rapat sejak Shila bercerai…

Hubungan istimewa Shila Amzah dan Ubai direstui keluarga

Saya sudah mengenali Shila sejak tahun 2011 tapi hubungan kami bertambah akrab sekitar 2014. Namun sejak tahun lepas, hubungan kami menjadi semakin rapat selepas dia mengalami fasa sukar dalam kehidupan.

Sebagai kawan saya sentiasa mahu yang terbaik untuk Shila dan ada disampingnya saat dia memerlukan peneman untuk meluahkan segala yang dilalui.

Hubungan yang terbina ini juga dikatakan tidak disangka menjadi serius kerana terlalu rapat.

Tiba-tiba Shila dedah status hubungan dengan semua…

Shila juga mengakui perkara itu secara spontan selepas diasak dengan soalan dari peminat ketika siaran langsung di TikTok.

Kami memang tidak berniat nak bercerita mengenai hubungan kami semalam. Tapi entah macam mana, tiba-tiba Shila berkongsi mengenai perkenalan dan status hubungan kami.

Walaupun semalam saya tak banyak cakap tapi dia adalah teman istimewa saya dan kami selesa berkawan. Malah kami banyak berkongsi persamaan.

Walaupun Ubai masih belum bawa Shila jumpa keluarga, dia bersyukur kerana keluarga terima hubungan mereka.

BACA:

“Aku saja datang reunion pakai selekeh, nak lihat perangai sebenar sahabat yang dulu susah senang bersama, tapi..”

Aksi Afifah Nasir naik gelongsor air jadi tular, sekali benda lain yang netizen perasan