Sebuah fenomena yang pelik terjadi apabila seorang pengguna TikTok dengan nama @mischarielle berkongsi pengalamannya setelah melalui kawasan sebuah hotel di Shah Alam.
Apa yang membuatkan situasi ini menarik adalah hotel tersebut kelihatan gelap, usang, dan terbiar.
Tambahan pula, struktur bangunan hotel menunjukkan tanda-tanda kerosakan yang ketara.
Keadaan yang lebih membingungkan ialah, walaupun hotel ini kelihatan terbiar, namun masih terdapat dalam senarai aplikasi penginapan dengan ulasan positif, malah terdapat yang memberikan penarafan tinggi.
@mischarielle Stumbled upon an abandoned hotel still listed on Agoda 😳 #carlton #hotel #carltonhotel #abandoned #abandonedplaces #closed #holiday #agoda #travel #traveltok #shahalam #selangor #malaysia #asia #southeastasia #fyp #foryou ♬ original sound – ✝️MEESUArielle✝️
Dalam ruangan komen, ramai netizen berkongsi kenangan mereka ketika hotel tersebut masih beroperasi. Beberapa dari mereka mengingatkan bahawa hotel itu dulunya merupakan destinasi untuk berkaraoke, walaupun ada yang berpendapat bahawa pengalaman mereka ketika hotel masih beroperasi tidak begitu memuaskan.
Di samping itu, ada juga yang mendakwa bahawa aplikasi penginapan tersebut masih menyenaraikan tempat-tempat yang sudah tidak aktif, dan hotel ini mungkin bukan kes terpencil.
Seorang netizen turut berkongsi kenangan, mengingatkan bahawa semasa zaman beliau sebagai pelajar, tempat ini menjadi pilihan kerana harganya yang berpatutan dan bilik yang luas