Hospital dan Klinik kerajaan tidak terima tunai lagi selepas ini

Oleh MHDAILY

Hospital dan Klinik kerajaan tidak terima tunai lagi selepas ini. Semua klinik dan hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) akan menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai mulai 1 Okt ini.

Menerusi pekeliling yang dikeluarkan KKM, Ketua Setiausahanya, Harjeet Singh berkata, pembayaran menggunakan kad debit, kredit dan e-dompet akan diterima di semua kemudahan kesihatan kerajaan.

Bagaimanapun, bayaran secara tunai hanya dibenarkan, jika pelanggan tidak mempunyai sebarang mod e-bayaran atau akaun bank.

Harjeet berkata, kaedah pembayaran tanpa tunai dilaksanakan demi:

Hospital dan Klinik kerajaan tidak terima tunai lagi selepas ini

  • Mengurangkan risiko berlaku ketirisan wang awam
  • Peningkatan kecekapan pengurusan terimaan hasil di kaunter yang lebih cepat, mudah dan selamat
  • Pengurangan kos dan proses kerja dalam urusan kutipan hasil di peringkat pusat tanggungjawab
  • Pengurangan risiko jangkitan Covid-19 di kaunter bayaran melalui platform tanpa sentuh.

Beliau berkata, KKM menjangkakan sekurang-kurangnya 95% transaksi terimaan tanpa tunai di klinik dan hospitalnya menjelang akhir tahun ini.

“Arahan itu sebahagian daripada usaha pendigitalan berterusan Putrajaya,” katanya.

BACA:

Ini rupanya kisah arwah Tan Sri Mustapha Kamal yang ramai tak tahu

Waspada semua rakyat Malaysia, WHO keluar amaran tahap tertinggi!

Ambil iktibar, set ‘Live Location’ di Whatsapp jika pandu seorang diri

Leave a Comment