Honda Motor dan Nissan Motor kini dilaporkan sedang berbincang untuk kemungkinan penyatuan kedua-dua syarikat tersebut.
Dengan penggabungan ini, kedua-dua syarikat terkemuka dalam industri automotif ini
Dapat menggabungkan tenaga dan sumber mereka, sekaligus meningkatkan daya saing terhadap jenama-jenama lain di pasaran.
Sekiranya perbincangan ini berjaya, Honda dan Nissan bakal beroperasi di bawah sebuah syarikat induk yang baru,
Dan kemungkinan besar Mitsubishi Motor juga akan turut disertakan dalam penyatuan ini pada masa depan.
Untuk pengetahuan, Honda dan Sony juga telah menjalinkan kerjasama dalam pembangunan kenderaan elektrik.
Pada masa ini, Honda dan Nissan berdepan dengan persaingan sengit daripada pengeluar kenderaan dari China, terutamanya dalam segmen kenderaan elektrik.
Sebelum ini, kedua-dua syarikat ini telah mengumumkan kerjasama dalam bidang kenderaan elektrik.
Dengan perkembangan ini, kita perlu sama-sama menantikan langkah seterusnya bagi kedua-dua syarikat ini dan bagaimana mereka akan terus bersaing dalam industri automotif yang semakin kompetitif kebelakangan ini.
BACA: ‘Saya jaga adik-adik macam anak sendiri, saya galas tanggungjawab yang sepatutnya mak galas’