Honda CR-V versi baharu pula bocor di media sosial, hampir sama bentuk HR-V. SELEPAS tular foto intip Honda CR-V tular di Internet, model pengeluaran nampaknya tidak jauh berbeza dengan apa pernah dilihat sebelum ini.
Tidak keterlaluan jika dikatakan rekabentuk kenderaan utiliti sukan (SUV) itu tidak jauh berbeza dengan HR-V atau imej dokumen paten yang bocor beberapa bulan lalu. Model baharu itu bakal menjadi model CR-V generasi keenam.
You are here: Home / Roda4 / Honda CR-V Generasi Keenam Mirip Rekabentuk HR-V?
Honda CR-V Generasi Keenam Mirip Rekabentuk HR-V?
May 16, 2022 By Shawkath Leave a Comment
SELEPAS tular foto intip Honda CR-V tular di Internet, model pengeluaran nampaknya tidak jauh berbeza dengan apa pernah dilihat sebelum ini.
Tidak keterlaluan jika dikatakan rekabentuk kenderaan utiliti sukan (SUV) itu tidak jauh berbeza dengan HR-V atau imej dokumen paten yang bocor beberapa bulan lalu. Model baharu itu bakal menjadi model CR-V generasi keenam.
Menurut laporan portal Autohome.com.cn, imej bocor itu diambil daripada Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China. Berikut apa dapat diulas:
Hadir dalam warna putih dengan lampu utama tirus seperti HR-V yang sepadan rekabentuk gril depan.
Bampar depan pula dilengkapi lampu kabus dan ventilator udara di sisi kiri dan kanan.
Rim perak satu tona, tetapi dipercayai untuk model asas.
Pelapik plastik hitam pada gerbang roda bersambung hingga skirt depan, skirt sisi dan belakang.
Tidak dilengkapi rel bumbung.
Lampu belakang nampak mirip HR-V serba baharu dengan kombinasi bentuk horizontal dan vertikal.
Ada spoiler padabumbung belakang dengan lampu brek ketiga.
Pada bampar belakang kelihata dua muncung ekzos krom.
Tiada maklumat ciri kabin dikongsikan.
BACA:
Rasuah RM2.8 juta : Pendakwaan tutup kes Bung Mokhtar, Zizie Izette
Wan Fayhsal kempunan Pas tak beri laluan padanya bertanding di Bagan Serai