‘Henti tabur fitnah Rafizi’ – Dr Latiff. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, mendakwa Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, cuba mengelirukan orang ramai apabila mengaitkannya dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Dr Abdul Latiff berkata, tindakan Rafizi itu dapat dilihat melalui laporan audit yang masih di peringkat draf.
Beliau juga mendakwa laporan audit ‘sebenar’ yang sudah ditandatangani firma audit tidak menyebut Zainab Mohd Salleh sebagai isteri keduanya.
“Rafizi menggunakan laporan forensik oleh Alliance, sedangkan dokumen itu hanya satu draf yang tidak ditandatangani dan tidak dapat disahkan kandungannya.
“Rafizi bukan sahaja tidak jujur, malah dengan sengaja membuat fitnah apabila menyembunyikan fakta bahawa terdapat laporan forensik sebenar yang ditandatangani oleh Alliance yang secara jelas tidak menyebutkan bahawa Zainab ialah isteri kedua saya,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Dr Abdul Latiff berkata, laporan audit forensik itu diarahkan oleh lembaga Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) dan disediakan Alliance, meliputi apa yang berlaku bermula 2011 sehingga akhir tahun kewangan 2014.
“Ia satu daripada dua laporan audit LCS yang dinyahrahsiakan oleh Kabinet.
“Laporan yang dirujuk Rafizi juga mengandungi penafian oleh juruaudit bahawa mereka bergantung kepada pernyataan lisan dan berdokumen oleh mereka yang terbabit dengan projek tetapi tidak dapat mengesahkan kebenaran dakwaan mereka,” katanya.
Beliau juga turut meminta Rafizi mengemukakan bukti bahawa Zainab Mohd Salleh ialah isteri keduanya.
“Sebagai seorang anggota Kabinet, saya bersedia untuk disiasat bagi membuktikan kebenaran apa yang saya katakan. Hentikan menabur fitnah,” katanya.
BACA:
“Dulu tutup elok je”, netizen persoal Hanna Delisha pakai baju ‘bengkung’
Kapal layar mewah tenggelam di tengah laut, sekali ini yang jadi