Heboh! Pelawak Malaysia ditahan di Arab Saudi, Ini sebab sebenar di sebalik penahanannya!

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Kementerian Luar Negeri hari ini mengesahkan penahanan seorang warganegara Malaysia di Arab Saudi

Dan memberi jaminan bahawa bantuan konsular sedang disalurkan kepada individu berkenaan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama, kementerian itu menegaskan bahawa usaha berterusan akan dilakukan

Bagi memastikan hak individu tersebut dilindungi mengikut undang-undang tempatan.

“Kementerian Luar Negeri komited untuk bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Arab Saudi dalam menangani situasi ini dan memastikan sokongan yang sewajarnya diberikan.

Heboh! Pelawak Malaysia ditahan di Arab Saudi, Ini sebab sebenar di sebalik penahanannya!

Kami juga menegaskan bahawa prinsip kerahsiaan dan maruah rakyat Malaysia di luar negara akan sentiasa dipelihara,” ujar kenyataan tersebut.

Kementerian juga menggesa agar media menghormati privasi individu dan keluarganya sepanjang tempoh yang sukar ini.

Pihak kementerian menekankan bahawa perkara seperti ini adalah isu sensitif yang tidak boleh dijadikan bahan spekulasi atau gosip.

Menurut sumber yang diperoleh, seorang pelawak terkenal dari Malaysia ditahan di Jeddah, Arab Saudi, pada bulan Oktober tahun lalu kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja.

Sumber itu menambah, pelawak berkenaan kini sedang menjalani hukuman penjara enam bulan yang dijatuhkan pada perbicaraannya pada November lalu, dengan tempoh hukuman tersebut dijangka berakhir pada April tahun ini.

Terdapat kemungkinan bahawa pelawak tersebut akan dibebaskan lebih awal jika menunjukkan kelakuan baik sepanjang menjalani hukuman.

Sebelum ini, pihak Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh turut mengesahkan penahanan warganegara Malaysia tersebut namun enggan mendedahkan identiti individu terbabit.

BACA: PAS Ajak Umno bersatu semula? Himpunan solidariti Najib jadi isu panas!

2 thoughts on “Heboh! Pelawak Malaysia ditahan di Arab Saudi, Ini sebab sebenar di sebalik penahanannya!”

Leave a Comment