Hati-hati kalau tiba-tiba muncul tahi lalat merah, ini tanda penyakit yang ramai tak tahu

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Tahi lalat adalah satu kebiasaan tanda yang ditemui pada kulit kebanyakan manusia.

Biasanya, ia kecil dan muncul dalam pelbagai bentuk serta berwarna coklat kehitaman yang jelas pada permukaan kulit.

Tahi lalat timbul akibat pengelompokan sel-sel melanosit, iaitu sel yang menghasilkan pigmen kulit

Walau bagaimanapun, sesetengah individu juga memiliki tahi lalat yang berwarna merah.

Menurut Dr. Kenneth Wong CF, tahi lalat atau bintik merah pada badan itu dikenali sebagai ‘cherry angioma’.

Hati-hati kalau tiba-tiba muncul tahi lalat merah, ini tanda penyakit yang ramai tak tahu

“Cherry angioma boleh muncul di mana-mana bahagian tubuh, sama ada di badan, tangan, atau kaki… ia boleh muncul di mana-mana,” katanya.

“Kebiasaannya, ia berlaku pada orang dewasa yang berumur 30 tahun ke atas atau orang tua,” tambahnya.

Dr. Kenneth menjelaskan bahawa dalam keadaan biasa, saluran darah tidak akan membengkak keluar. Namun, untuk ‘cherry angioma’, saluran darah akan membengkak dari kapilari kecil atau saluran darah kecil dan muncul di atas kulit.

“Salah satu faktor penyumbang kepada situasi ini adalah penuaan. Semakin tua, semakin banyak ‘cherry angioma’ dan semakin besar saiznya. Yang paling penting, ia bukan kanser.

“Rawatan laser boleh dilakukan untuk ‘cherry angioma’ bagi mereka yang mengalaminya,” jelasnya.

BACA: “Aku tengok mak sama je macam orang tak kahwin, hidup pun asing-asing, sorang kat utara, sorang kat selatan”