Hati-hati, Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi, dan Bungkus Kaw Kaw tiada sijil Halal

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi, dan Bungkus Kaw Kaw

adalah tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima dan memproses surat tular mengenai status halal beberapa premis makanan.

Menurut Jakim, pertanyaan tersebut telah dikemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Jakim.

Hati-hati, Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi, dan Bungkus Kaw Kaw tiada sijil Halal

“Berdasarkan semakan dalam sistem MYeHALAL Jakim, kami mendapati bahawa status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi, dan Bungkus Kaw Kaw adalah tidak mempunyai SPHM,” kata Jakim dalam kenyataan mereka.

Tambah Jakim, semakan melalui Portal Halal Malaysia juga menunjukkan bahawa jenama Ayam Penyet Best mempunyai empat outlet yang telah memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

“Makluman telah dihantar semula kepada individu yang bertanya melalui e-mel pada 2 September 2024, pukul 11.36 malam, dan maklum balas telah diberikan pada hari yang sama,” ujar Jakim.

Untuk makluman pengguna, status halal bagi mana-mana premis atau produk boleh disemak sendiri oleh pengguna melalui Portal Halal Malaysia di pautan http://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/index.php.

BACA: Patutlah ramai datang beli, rupanya hotel terkenal jual kopi ais ‘berperisa lipas’