Hassan Ali positif Covid-19

Hassan Ali positif Covid-19

Bekas naib presiden PAS, Hasan Mohamed Ali, disahkan positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh bekas Adun Gombak Setia di Facebooknya pagi ini.

Katanya pengesahan tersebut disampaikan kepadanya pada petang kelmarin.

“Permintaan saya kepada seluruh sahabat dan mereka yang mengenali atau tidak mengenali saya untuk mendoakan saya supaya dikurniakan kemudahahan dan kesembuhan segera.

“Moga dengan doa semua menjadi penawar utama dalam proses penyembuhan ini,” katanya.

Menurutnya, dia kini sedang dirawat di Hospital Pakar KPJ Damansara.

Hasan pernah menjawat tugas sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor sebelum digugurkan pada 2011 dan akhirnya dipecat daripada PAS pada 2012. –MK

COMMENTS