Hasrat Azmin jadi poster boy MB Selangor dari PN terhalang kerana Haziq

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Hasrat Azmin jadi poster boy MB Selangor dari PN terhalang kerana Haziq

Semalam, PN memaklumkan, walaupun mereka sudah mempunyai calon Menteri Besar

jika gabungan itu berjaya merampas Selangor dalam PRN akan datang, tetapi tiada “poster boy” akan dinamakan.

Hasrat Azmin jadi poster boy MB Selangor dari PN terhalang kerana Haziq

Alasan gabungan itu tidak menamakan ‘poster boy’ untuk PRN berkenaan kerana berpendapat siapa yang akan dilantik sebagai Menteri Besar pada akhirnya akan diputuskan oleh Sultan Selangor.

Dengan alasan demikian, maka disebut tiadalah sesiapa dinamakan sebagai “poster boy” bagi negeri Selangor.

Soalnya, apakah hanya Selangor saja tiada “poster boy” yang dinamakan?

Bagaimana dengan Kelantan, Terengganu dan Kedah – ada “poster boy” atau tidak?

Sepatutnya jika PN meletakkan alasan calon Menteri Besar adalah hak dan budi bicara pihak Istana negeri masing-masing membuat penentuan, maka semua negeri juga tidak perlu ada “poster boy”.

Sementara Menteri Besar sedia ada difahamkan akan diletakkan sebagai “poster boy” bagi Kelantan, Terengganu dan Kedah, PN sebaliknya tidak berbuat demikian di Selangor adalah disebabkan hal-hal yang merunsingkan gabungan itu sendiri.

Melalui beberapa maklumat yang diterima, adalah tidak disangsikan lagi bahawa Azmin Ali, Adun Bukit Antarabangsa sekarang adalah calon Menteri Besar jika gabungan itu berjaya mengalahkan PH di Selangor.

Perkara itu diperkuatkan lagi dengan kenyataan Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin baru-baru ini yang mahu dan meletakkan keyakinan kepada Azmin untuk menghadiahkan Selangor kepada gabungan itu.

Begitu pun, Azmin dikatakan tidak akan bertanding lagi di Bukit Antarabangsa, sebaliknya akan berpindah ke Dun Hulu Kelang, satu kawasan dalam Parlimen Gombak.

Dalam PRU15 lepas, meskipun Azmin tewas kepada Amirudin Saari di Gombak, tetapi beliau menang di semua peti undi dalam Dun Hulu Kelang.

Hakikat itulah yang memberi keyakinan kepadanya untuk berpindah ke Hulu Kelang, kawasan yang kini diwakili Saari Sungib daripada Amanah/PH.

Meskipun dinamakan secara diam-diam sebagai calon Menteri Besar, Azmin tidak dinamakan sebagai “poster boy” adalah kerana PN dikatakan bimbang isu “video Haziq” akan dimainkan semula sebagai bahan utama ketika kempen diadakan nanti.

PN dipercayai amat bimbang jika isu berkenaan dimainkan semula, malah disebarkan dengan meluas, ditambah jika disertai dengan pelbagai pihak pula tampil membuat laporan polis bagi menuntut sesuatu tindakan diambil oleh pihak berkuasa, ia akhirnya akan menjejaskan peluang gabungan itu untuk menang PRN nanti.

Sebab itu difahamkan langkah paling selamat ialah tidak menamakan sesiapa sebagai “poster boy” bagi negeri Selangor.

Yang nyata, Azmin adalah satu-satunya calon pilihan untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang ada dalam hati Mahiaddin dan perkara berkenaan memang dalam pengetahuan kebanyakan pemimpin utama Bersatu serta PN.

Selain Noh Omar telah mengumumkan tidak bertanding, sebaliknya akan menjelajah ke seluruh Selangor bagi memastikan kemenangan PN merampas negeri berkenaan,!beberapa bekas menteri seperti Mohd Zin Mohamed, Shahidan Kassin dan lain-lain lagi dipercayai akan turut membantu dengan aktif sepanjang kempen diadakan.

Yang nyata, dalam enam negeri yang bakal berlangsung PRN nanti, Selangor akan menyaksikan pertandingan paling sengit sekali.

Selangor menjadi matlamat utama bagi PN untuk melonjakkan harapan mereka memenangi PRU akan datang dan negeri itu juga menjadi benteng utama kepada PH sama ada mampu kekal bertahan lagi atau bakal terkulai dalam pelukan kuasa yang dengan kekalahan di Selangor nanti, semua cengkaman kekuasan bakal melonggar dengan sendirinya

BACA: “Hadirnya nenek buat ibu penat, diperlaku macam bibik ibu tetap ikhlas, aku tak sengaja dengar nenek hina ibu, tak sanggup dengar”