Harta Lee Chong Wei bertambah RM80 juta, semua selepas hasil penjualan tanah

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Magma Group Bhd dilaporkan telah membeli tanah pegangan pajak seluas 2.26 ekar

Di Persiaran Dutamas, Kuala Lumpur milik Skyload Express Sdn Bhd, sebuah syarikat yang 45 peratus dimiliki oleh Datuk Lee Chong Wei, dengan harga RM80 juta.

Menurut laporan Berita Harian, tanah yang terletak kira-kira lapan kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur ini telah memperoleh

kelulusan untuk membina dua menara setinggi 34 tingkat yang terdiri daripada pangsapuri perkhidmatan dan ruang komersial.

Baki 55 peratus daripada Skyload dimiliki oleh Empire Solaris Sdn Bhd, di mana 80 peratus daripadanya dikawal

Harta Lee Chong Wei bertambah RM80 juta, semua selepas hasil penjualan tanah

oleh pemegang saham utama dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Magma, Datuk Seri Lee Hock Seng.

Magma akan membayar untuk tanah tersebut melalui wang tunai sebanyak RM8 juta dan menerbitkan 120 juta saham biasa baharu kepada Skyload, bersama dengan 47.71 juta saham keutamaan tidak boleh tukar yang boleh ditebus (RPS).

120 juta saham tersebut akan diterbitkan pada harga 20.24 sen sesaham, manakala RPS akan diterbitkan pada harga RM1 sesaham.

Selepas penyelesaian penjualan tanah, Chong Wei akan mempunyai kepentingan langsung sebanyak 2.48 peratus dalam Magma dan kepentingan tidak langsung sebanyak 11.89 peratus, lapor Berita Harian.

BACA: Dengar lagu kebangsaan dalam kereta, wanita berhenti tengah jalan, keluar kereta untuk beri hormat